.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

7/19/2005

Bengkel DPP Kawasan Tanjung Karang


Tanjung Karang : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang telah selesai mengadakan Bengkel Pengurusan Strategik DPP Kawasan, untuk merangka gerak kerja DPP selama 2 tahun. Bengkel yang diadakan di sebuah Dewan orang ramai di Tanjung Karang diadakan selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17hb Julai 2005 yang lalu.

Bengkel yang buat pertama kalinya diadakan ini, melibatkan seluruh Ahli Jawatankuasa DPP Kawasan dan Pemuda cawangan-cawangan dalam Kawasan Tanjung Karang. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS), Ustaz Ramli Sidom.

Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh, Yang Di Pertua PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad. Manakala EXCO DPPNS, Sdr Azli Yusof, telah memberikan taklimat mengenai PAKSI kepada ahli-ahli bengkel. Kuliah Subuh pula telah disampaikan oleh, Ustaz Jamsari Marsom, Ketua DPP Kawasan Sabak Bernam.

Turut hadir semasa majlis perasmian bengkel tersebut ialah, YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ustaz Kosnon Kamit, dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Ustazah Hajah Jamiyah Yusof.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com