.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/20/2005

Umat Islam diminta menolak fahaman Islam Liberal - Ustaz Abd Ghani


Tanjung Karang : Tiga musuh besar umat Islam ialah Imprealisme, Orientalisme dan Zionisme. Dari tiga puaka ini muncul puaka-puaka baru berupa golongan dan fahaman yang menyimpang dan mencemari akidah dan budaya umat (Islam), kata Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sewaktu membentangkan kertas kerja semasa Tamrin Qiadi peringkat Anjung Utara di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Menurutnya, Fahaman seperti sekularisme, meterialisme, komunisme, liberalisme dan berbagai isme-isme baru yang umumnya membawa keherotan dalam manhaj berfikir dan membuat pertimbangan.

Di antara fahaman dan amalan baru tersebut ialah apa yang dipanggil sebagai golongan Muslim atau Islam Liberal. Golongan ini secara umum menjadikan perjuangan mereka beredar sekitar pemisahan agama dari negara, hak asasi manusia, hak dan kebebasan wanita, demokrasi kebebasan berfikir dan pembangunan atau kemajuan manusia, ujarnya.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka sering ditangani dari perspektif yang menyimpang dari pengertian dan norma-norma Islam yang sah atau melampaui batas batas syara’, ujarnya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, meminta, agar umat Islam menolak gejala Muslim Liberal atau kumpulan Islam Liberal dengan cara memperkasa pendidikan di kalangan umat (Islam). Pengajaran Islam hendak disampaikan oleh ilmuan Islam yang terasuh dengan didikan syariat secara teratur dan dari Institusi yang diketahui ramai melahirkan ulama dan cendikiawan yang jujur dan benar.

Selain itu beliau juga menyarankan, supaya campurtangan asing dalam usaha mereka merombak sukatan pendidikan Islam, mendangkal dan menyelewengkan pemahaman agama mesti disekat. Media massa hendaklah dikuasai oleh para penulis dan wartawan yang berorientasikan Islam.

Penyelewengan Terhadap Demokrasi – Dr Shafie Abu Bakar


Tanjung Karang : Berbagai-bagai cara pencabulan Hak Asasi Manusia dilakukan oleh Polis di bawah desakan parti-parti politik pemerintah seperti menyekat permit untuk berceramah, walaupun diminta memohon, menyekat jalan-jalan ke tempat ceramah, walaupun ceramah di dalam premis, memasuki premis-premis yang sedang dalam sesi ceramah, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Shafie Abu Bakar, semasa membentangkan kertas kerja sempena dengan Tamrin Qiadi Anjung Utara di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Menurutnya, Polis tidak berhak berbuat demikian, menggempur kawasan dan premis ceramah dengan jip, trak, lori dan menembak gas dan air kimia, bahkan menangkap mereka yang hadir ke ceramah.

Penyelewengan dan pencabulan terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, semuanya ini berlaku oleh kerana tidak adanya amanah, khususnya dari pihak pemerintah dan pegawai-pegawai yang menjalankan perintah. Mereka bersifat `double standard` pada satu `platform` mereka mendakwa berpegang teguh pada nilai-nilai demokrasi dan mempertahankan Hak Asasi Manusia sedangkan pada `platform` yang lain, merekalah peruntuh demokrasi dan Hak Asasi Manusia, Ujarnya.

Penyelewengan-penyelewengan yang terjadi seperti penyelewengan pilihanraya, pencabulan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Bersuara hendaklah di bawa ke Parlimen, SUHAKAM, Badan-badan Antarabangsa, mahkamah Antarabangsa bahkan kepada PBB, Ujarnya lagi.

Penyelewengan ini, menurutnya, perlu di dedahkan pada peringkat nasional dan internasional agar mereka merasa maruah mereka tercemar dan kembali kepada memperbaiki diri.

Menurutnya lagi, Semua pihak patut malu tentang budaya politik yang kontradiksi di Negara kita. Pihak pemerintah mendakwa mendokong demokrasi, sedang pada waktu yang sama merekalah yang mencabul demokrasi dan Hak Asasi manusia dengan undang-undang rimba. Usaha memulih dan memperkasakannya perlu dilakukan dan rakyat perlu berani merubah pemerintahan.

Anjung Utara anjur Tamrin Qiadi



Tanjung Karang : Tamrin Qiadi Anjung Utara telah berjaya diadakan selama dua hari satu malam. Tamrin yang pertama kalinya diadakan diperingkat Anjung Utara bertempat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Tamrin tersebut melibatkan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Program tersebut juga melibatkan Ahli Jawatankuasa Urusan Ulama’, Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan dari keempat-empat Kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Abd Ghani Shamsudin, telah merasmikan Tamrin tersebut mewakili Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’Dr Hasan Mohamed Ali.

Kertas kerja telah dibentangkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’Kamaruddin Jaafar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad. Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Shafie Abu Bakar dan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Dr Osman Sabran, turut membentangkan kertas kerja masing-masing di dalam program tersebut.

Anjung Utara merupakan Anjung pertama yang telah berjaya mengadakan Tamrin Qiadi tersebut di Negeri Selangor.

9/11/2005

Lawatan Timbalan Presiden PAS ke Tanjung Karang



Tanjung Karang : Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, telah mengadakan lawatan rasmi ke Kawasan Tanjung Karang di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Beliau diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Naib Presiden PAS.

Program di mulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh, adik Sabri Erham. Diikuti dengan ucapan, Ustaz Musa Mohamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang dan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali serta Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Kawasan Tanjung Karang sejak dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau juga telah berkesempatan berdialog dengan ahli-ahli dan pimpinan PAS Kawasan Tanjung Karang selama lebih satu jam.

Program tersebut telah melibatkan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan-cawangan seluruh Kawasan Tanjung Karang.

9/04/2005

Nisa’ dan DPP Kawasan anjur Kem Motivasi Remaja



Tanjung Karang : Nisa’ Kawasan Tanjung Karang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan telah menganjurkan Kem Motivasi Remaja Insan Cemerlang di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Program tersebut telah dijayakan oleh Dr Fahrol Radzi Hanafia dari Mutiara Consultan.

Kem motivasi yang melibatkan remaja berumur 10 hingga 19 tahun, berlangsung selama sehari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar sekolah. Ini merupakan kali ke-2 Nisa’ dan DPP Kawasan berkerjasama menganjurkan kem motivasi tersebut.

Menurut Ketua Penyelaras Nisa Kawasan, Norshidah Samat, program-program seperti ini akan di adakan sebagai aktiviti tahunan. Selain itu, Nisa juga sedang merancang untuk mengadakan Hari Keluarga pada masa akan datang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Haji Yusof. Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad dan beberapa pimpinan PAS Kawasan.

Dewan Pemuda hargai jasa Veteran PAS Kawasan



Tanjung Karang : Buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan telah memberikan anugerah kepada beberapa tokoh veteran PAS Kawasan Tanjung Karang, sempena dengan ceramah kemerdekaan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS), untuk menghargai jasa dan pengobanan mereka selama ini. Seramai 5 orang tokoh veteran PAS telah dipilih oleh DPP Kawasan sebagai penerima anugerah tersebut.

Tokoh pertama yang dipilih ialah Haji Jali Hassan, yang telah bergiat aktif dengan PAS sejak awal penubuhan PAS Kawasan Tanjung Karang sehingga sekarang. Beliau kini merupakan Ketua PAS Cawangan Parit 3 Dalam. Manakala Tokoh PAS yang kedua adalah, Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid. Beliau merupakan seorang pesara guru, dan pernah dipilih sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, dalam Pilihanraya Umum tahun 1995.

Bekas Naib YDP PAS kawasan, Haji Chamsari Kasaman, telah dipilih sebagai tokoh veteran PAS Kawasan yang ketiga. Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang. Turut terpilih sebagai tokoh veteran PAS Kawasan adalah Haji Jamhari Shamsuri dan Haji Yusof Anawari.

Anugerah telah disampaikan oleh, Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir. Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad dan Naib YDP Kawasan Tanjung Karang, Dr Mohd Yusof Abd Wahab.

DPP Kawasan anjur Ceramah Kemerdekaan



Tanjung Karang : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang telah, mengadakan ceramah sempena Kemerdekaan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Ceramah yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad.

Ceramah yang diadakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-48, turut diadakan dengan berbagai persembahan seperti nasyid, bacaan al-quran sebelum ceramah. Manakala lagu Negaraku serta tema lagu PAS di nyanyikan oleh serentak setelah detik jam 12.00 malam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DPP Kawasan telah berkesempadan mendengar taklimat dan berdialog selama 1 jam dengan Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir, sebelum ceramah bermula.

Ceramah yang julung-julung kalinya di adakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Turut hadir ialah Naib YDP PAS Kawasan, Dr Mohd Yusof Abd Wahab.

PAS Kawasan Tanjung Karang adakan dialog dengan Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan


Tanjung Karang : PAS Kawasan Tanjung Karang telah mengadakan dialog tertutup dengan Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Dialog yang buat pertama kalinya diadakan ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Harian PAS Kawasan dan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan.

Dialog yang berlangsung selama tiga jam tersebut, berjalan dalam suasana yang baik. Dialog tersebut diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan, disamping untuk bertukar-tukar pandangan untuk menggerakkan seluruh jentera PAS di Kawasan Tanjung Karang.

DPP Kawasan Tanjung Karang Anjur Perlawanan Bola Sepak



Tanjung Karang : Lajnah Sukan dan Kebudayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang telah menganjurkan perlawanan bola sepak bertempat di Taman Desa Jaya.

Perlawanan bola sepak yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh DPP Kawasan Tg Karang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pemuda-pemuda sekitar Tanjung Karang.

Ahli-ahli Jawatankuasa DPP Kawasan turut menyertai program tersebut. Program-program seumpama ini akan diteruskan oleh DPP Kawasan pada masa-masa yang akan datang untuk merapatkan hubungan diantara DPP Kawasan dan ahli-ahli pemuda sekitar Tanjung Karang.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com