.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

10/29/2005

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Klik Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan

10/23/2005

Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjung Karang kali ke-3 berjaya

Tanjung Karang : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjung Karang, telah berjaya mengadakan Majlis Konvokesyen PASTI Kali ke-3 di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, telah merasmikan konvokesyen berkenaan. Seramai 195 orang pelajar dari 9 buah PASTI seluruh Tanjung Karang telah menerima sijil masing-masing.

Ustaz Ramli juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada guru-guru PASTI bagi menghargai jasa mereka mengajar pelajar-pelajar PASTI walaupun tanpa ganjaran yang lumayan.

Sijil-sijil telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Nor Azlan Ahmad dan Pengerusi PASTI Kawasan, Mohd Ramdzan Rosman.

Pelajar-pelajar PASTI juga turut memberikan persembahan di hadapan ibubapa mereka. Majlis Konvokesyen yang menjadi program tahunan PASTI Kawasan Tanjung Karang, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibubapa, walaupun hujan turun sejak awal pagi.

Ibu Bapa diminta menghantar anak-anak ke PASTI

Tanjung Karang : Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, meminta supaya menghantar anak-anak belajar di Pusat Aushan Tunas Islam (PASTI). Kewujudan PASTI tidak bersalahan dengan perlembagaan kerana PASTI merupakan salah satu daripada aktiviti PAS. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjung Karang kali ke-3 di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

Menurutnya, Masyarakat Cina juga tertarik dengan kurikulum yang di ajar oleh PASTI, ini terbukti apabila salah sebuah PASTI di Sabak Bernam telah menerima kemasukan pelajar-pelajar cina untuk belajar di PASTI.

PASTI Pusat dan Negeri juga sedang merancang untuk menubuhkan Alumni pelajar-pelajar PASTI, untuk mengumpulkan kesemua pelajar-pelajar PASTI sejak awal penubuhan PASTI. PASTI negeri Selangor juga merupakan PASTI kedua tertinggi jumlah pelajarnya selepas Negeri Kelantan, ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Haji Misran Serman. Seramai 195 orang pelajar dari 9 buah PASTI seluruh Tanjung Karang telah menerima sijil masing-masing.

Orang Melayu tidak sensitif Masalah dalam Negara – Haji Mohamad Sabu

Tanjung Karang : Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak sensitif dengan apa yang berlaku didalam negara. Akhir-akhir ini banyak penyelewengan yang berlaku di dalam kerajaan telah didedahkan sendiri oleh orang dalam kerajaan, seperti Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Perdana di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, sempena dengan program Iftar Perdana sempena dengan Nuzul Quran.

Menurutnya, jika di negara lain rakyat akan bangun beramai-ramai menuntut di adakan semula Pilihanraya supaya rakyat dapat menilai semula prestasi kerajaan. Bangsa lain telah mengambil apa yang telah diajar oleh Islam seperti perasaan sensitif, rajin tegas dan sebagainya.

Mengapa umat Islam lalai dan tidak berani serta tidak sensitif tehadap apa yang berlaku di dalam negara?. Allah s.w.t telah menyebut Umat Islam adalah umat terbaik tapi mengapa bangsa Melayu (menjadi) juara segala jenayah, Kerana (umat Islam) tidak ada prinsip amar maaruf dan nahi mungkar serta meninggalkan prinsip aqidah Islam, ujarnya kesal.

Beliau juga menyeru ahli-ahli PAS supaya meneruskan perjuangan sehingga Islam mencapai kejayaan. PAS (juga) perlu melahirkan pemimpin yang mahu menyeru kepada jihad serta melahirkan petugas-petugas amilin untuk gerak kerja perjuangan Islam, Ujarnya lagi yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Harun Taib. Forum yang julung-julung kalinya diadakan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, seramai lebih 2,000 orang telah hadir mendengar forum tersebut.

10/22/2005

Umat Islam Diseru Mencontohi Perjuangan Rasulullah – Dato’ Harun Taib

Tanjung Karang : Rasulullah s.a.w telah mengutamakan tarbiyah untuk melahirkan golongan amilin. sebagai contoh lahirnya para sahabat yang kental dengan keyakinan serta teguh dengan perjuangan sehingga mampu bedikari di dalam kepimpinan, Kata Ketua Dewan Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Harun Taib.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Perdana di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, sempena dengan program Iftar Perdana sempena dengan Nuzul Quran.

Beliau juga menyeru supaya setiap ahli menyertai program tarbiyah. Disamping itu, mencari teknik untuk menarik orang-orang Umno untuk menyertai PAS seperti mengadakan program ziarah dan sebagainya.

Musuh Islam, menurutnya, tidak gerun dengan Umat Islam kerana tiada lagi semangat jihad Islam. Punca umat Islam lemah (kerana mereka) lebih cintakan dunia dan takutkan mati. Pada zaman Nabi, Umat Islam (telah) menghadapai tentangan daripada sanak saudara sebangsa sendiri. umat Islam (juga) menghadapai perbagai sekatan ekonomi daripada kaum kuffar.

Puak kuffar (akan sentiasa) menentang perkembangan Islam ke serata dunia. Tetapi puak kuffar akan tetap kalah kerana berbeza matlamat dan perjuangan. Matlamat kuffar hendak menghapuskan Islam, ujarnya yang Juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Terengganu.

Menurutnya, Ciri-ciri Rasulullah dan para sahabat perlu ada pada setiap diri umat Islam, walaupun jumlahnya sedikit, serta yakin Allah yang (akan) memberi kemenangan (kepada Islam).

Forum yang julung-julung kalinya diadakan di KOMPAS ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, seramai lebih 2,000 orang telah hadir mendengar forum berkenaan. Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu turut menjadi ahli panel
.

Badan Perhubungan PAS Selangor anjur Majlis Iftar Perdana Dan Forum


Tanjung Karang : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) telah menganjurkan Iftar Perdana dan Forum sempena dengan Nuzul Quran di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Program yang pertama kalinya di adakan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari ahli-ahli dan penyokong PAS. Seramai lebih 2,000 orang telah hadir ke KOMPAS. Program yang dimulakan pada waktu petang, dimulakan dengan majlis tahlil, diikuti dengan berbuka puasa dan sembahyang maghrib berjamaah.

Sembahyang Isya’ telah diimamkan oleh, Ustaz Abd Ghani Shamsudin. manakala sembahyang tarawih telah diimamkan oleh Ustaz Huzaifah, pelajar Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10. Tanjung Karang

Ahli panel forum terdiri daripada Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Harun Taib. Manakala Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ustaz Dr Osman Sabran telah bertindak sebagai pengerusi Forum.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Dr Abd Rani Othman, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Azri Mohd Arish dan Ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

10/04/2005

Sukaneka PASTI Mamba'ul Huda


Tanjung Karang : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Mamba'ul Huda Cawangan Sungai Gulang-gulang, telah mengdakan Sukan keluarga PASTI cawangan tersebut, bertempat di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang.

Sukaneka tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad. Berbagai acara menarik telah adakan dalam sukaneka tersebut yang melibatkan ibu bapa selain pelajar PASTI sendiri.

Hujan gerimis yang turun tidak menghalang pelajar-pelajar PASTI dari meneruskan sukaneka tersebut.

Hak Istimewa orang Melayu semakin hilang

Tanjung Karang : Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Ibrahim Ali, berkata, Sejarah Palestin akan berulang di Malaysia. Tanah Rizab Melayu telah banyak hilang dan ekonomi (orang-orang) Melayu lemah. Beliau berkata demikian semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Beliau juga mempersoalkan, berapa banyak tanah rezab Melayu telah tergadai. Menurutnya, Hak Orang Melayu juga (telah banyak) dihapuskan (oleh UMNO).

Selain itu beliau juga meminta, orang-orang melayu tidak perlu membayar pinjaman MARA dan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negeri (PTPTN). Kerana di dalam perlembagaan telah disebut orang-orang Melayu berhak mendapat Biasiswa dari Kerajaan.
Seramai lebih 1000 orang telah hadir mendengar ceramah tersebut. Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Usta Ramli Sidom.

Rakyat perlu berganding bahu menentang kezaliman


Tanjung Karang : Rakyat perlu berganding bahu menentang pemerintahan yang zalim, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah akta yang zalim dan tidak wajar dikekalkan.

Beliau juga kesal kerana tahanan ISA telah dilanjutkan lagi selama 2 tahun, termasuk anak Mursyidul Am PAS, Nik Adli Dato’ Nik Abdul Aziz.

Selain itu, beliau juga kesal dengan Pilihanraya kampus yang penuh dengan penipuan dan campurtangan dari Umno. Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Shafie Salleh, telah terlibat dalam memenangkan kumpulan ASPIRASI, di dalam pilihanraya kampus.
Turut berucap ialah Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Ibrahim Ali. Seramai lebih 1000 orang telah hadir dalam ceramah tersebut.

10/02/2005


BERTEMU MUKA... "Tuan Guru merupakan ulama yang saya kagumi," luah Mawi (Asmawi) di hadapan para wartawan dan peminatnya di JKR 10, dalam sesi sidang media, 12 tengahari tadi. Jelas terpancar kemesraan di raut wajah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Mawi serta Exco Kerajaan, Husam Musa dan Taqiyuddin Hassan. Mawi akan menghiburkan para peminatnya khusus mereka yang memberi undian dalam Akademi Fantasia (AF3), malam ini. Kehadiran Mawi ke negeri Serambi Mekah ini akan memecahkan spekulasi yang selama ini dilemparkan terhadap negeri di bawah pimpinan Ulama. Foto Mohd Nasir Sudin




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com