.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/22/2006

Umat Islam tidak boleh lari dari medan jihad

Sawah Sempadan : Allah mewajibkan kita berperang (jika terpaksa) walaupun kamu benci akan perang. Perjuangan Islam (juga) tidak bermusim tetapi perlu (diperjuangkan) sepanjang masa, kata Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Zin Abd Rahman semasa berucap dalam perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan Raden Putih, Cawangan Raden Mas Block N dan Cawangan Tali Air 2 Block D.

Jangan hanya mewariskan harta kepada anak-anak tetapi kefahaman dan perjuangan Islam perlu diwariskan kepada mereka. Tugas besar (umat Islam) ialah menyeru anak dan isteri menyertai perjuangan Islam, katanya.

Anak-anak yang berjaya dibidang ekonomi, memiliki kerjaya yang baik, berpendapatan tinggi perlu infaqkan sebahagian kewangan (mereka) untuk perjuangan Islam. Kemiskinan, kekurangan harta dan kewangan bukan alasan untuk tinggalkan perjuangan Islam, kesabaran adalah penawar (untuk) menghadapi sebarang ujian dan dugaan, katanya lagi.

Jangan sedih dan kesal menyertai PAS yang memperjuangkan Islam kerana nilainya amat besar di sisi Allah taala. Ujian dan cabaran kebendaan jika tidak ditangani dengan tarbiyah dan keimanan boleh menghanyutkan pendokong Islam.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Ulama’ PAS Pusat juga berkata, Allah S.W.T akan memberikan keberkatan kepada pendokong perjuangan Islam. Hidupkan (secara) berdikari nescaya Allah akan memberi jalan dan diberikan ilmu serta kemahiran secara yang tidak disedari.

Walau badai melanda ahli PAS perlu beristiqamah dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam, katanya mengakhiri ucapan tersebut.

MGP anjur program rehlah untuk guru-guru PASTI

Jeram : Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tanjung Karang telah mengadakan program rehlah di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi sehingga jam 3.00 petang telah dihadiri oleh 20 orang guru-guru PASTI dan pembantu guru PASTI seluruh kawasan Tanjung Karang.

Menurut Ketua MPG Kawasan, Ruhayana Chamsari, Antara pengisian program tersebut ialah Tazkirah, Ta’aruf, pertandingan mewarna, pertandingan isi air dalam botol dan pertandingan kolaj berpasangan.

Selain itu, turut diadakan ialah pertandingan baling kasut. Program tersebut berakhir selepas solat zohor.

3/18/2006

Lima Asas kehidupan manusia – Ustaz Sallehen Mukhyi

Tanjung Karang : Manusia mempunyai 5 asas di dalam kehidupan, yang pertama ialah Ilmu Pengetahuan. Seperti mendengar kuliah merupakan satu ilmu, kata Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Sallehen Mukhyi, semasa menyempaikan kuliah mingguan deenul Islam di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Manakala yang kedua ialah Taat. Jangan jadi seperti orang-orang Yahudi yang tidak mahu taat kepada perintah Allah. Orang-orang yahudi menjadi sesat kerana mereka langgar perjanjian dengan Allah selepas mereka diselamatkan daripada Firaun dan sebagainya.

Orang-orang yahudi juga telah membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul seperti Nabi Zakaria yang telah di gergaji hidup-hidup. Nabi Ibrahim pula telah dibakar. Selain itu orang-orang yahudi telah menyembah (patung) anak lembu sebaik sahaja Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Tursina, ujarnya.

Perkara ketiga yang menjadi asas di dalam kehidupan manusia ialah behijrah dan yang keempat ialah berjihad (di jalan Allah). Jihad merupakan perkara yang penting walaupun ia tidak termasuk dalam rukun Islam, ujar Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar lagi.

Dan perkara yang kelima ialah Berjamaah. Nabi Muhamad s.a.w telah menyebut di dalam hadith sesiapa yang keluar daripada jamaah seolah-olah telah merungkai Islam.

Di dalam Perang Uhud Islam telah dikalahkan oleh tentera musuh, kerana tentera Islam tidak mengikut arahan Nabi. Kekalahan di dalam perang uhud juga kerana Allah hendak menapis antara orang-orang yang beriman dan tidak beriman.

Kerana bila Islam menang di dalam peperangan Badar ramai orang yang telah memeluk Islam. Tetapi bila Islam kalah di dalam peperangan Uhud ramai yang berpaling daripada Islam.

Kuliah mingguan terseut merupakan anjuran bersama Lajnah Tarbiyyah dan Pendidikan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan dan KOMPAS. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan beberapa AJK PAS dan DPP Kawasan.

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan selesai

Tanjung Karang : Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjung Karang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-25 bertempat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh, Faridah Mustapha, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor telah dihadiri oleh lebih 150 orang perwakilan Muslimat dari 43 Cawangan dalam Kawasan Tanjung Karang.

Di dalam mesyuarat agung tersebut DMP Kawasan turut memberikan anugerah kepada Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan terbaik tahun 2005 dan Lajnah DMP Kawasan terbaik tahun 2005.

Bagi kategori Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan terbaik tahun 2005, Muslimat PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri, telah dipilih menerima anugerah tersebut. Anugerah telah diterima oleh Ketua Muslimat PAS Cawangan, Ustazah Hajjah Safiah Lebai Ahmad, yang juga AJK DMP Kawasan Tanjung Karang.

Manakala bagi kategori Lajnah terbaik DMP Kawasan tahun 2005, jatuh kepada Nisa’ Kawasan. Anugerah telah diterima oleh Ketua Nisa’ Kawasan, Nurshidah Samat. Kedua-dua anugerah telah disampaikan oleh, Faridah Mustapha.

Berbanding mesyuarat agung sebelum ini, DMP Kawasan turut membuat persembahan pentomen dan nasyid oleh kumpulan Nisa’. Di dalam mesyuarat agung kali ini, DMP Kawasan turut membuat cabutan bertuah.

Mesyuarat yang dimulakan dengan majlis perasmian pada jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 1.00 tengahari. antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Setiausaha, Haji Mohd Saad Ibrahim dan AJK PAS Kawasan, Haji Rosman Saiman.

3/14/2006

PAS Tanjung Karang adakan gotong-royong bantu mangsa ribut

Sungai Kajang : PAS Kawasan Tanjung Karang telah mengadakan gotong-royong membaiki rumah mangsa ribut di Lorong Melor, Sungai Kajang, Tanjung Karang. Bumbung rumah, Siti Khatijah Ramlan, 61, telah diterbangkan angin semasa ribut pada 7 Februari 2006 yang lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas waktu maghrib, semasa itu beliau sedang membaca al-quran dan tinggal berdua dengan anak perempuannya, tiba-tiba angin bertiup dengan kencang dan menerbangkan bumbung rumahnya.

Beliau yang tinggal bersama 4 orang anaknya merupakan ibu tunggal. Suaminya, Haji Hasbullah Karim, telah meninggal dunia 7 tahun yang lalu.

Beberapa bumbung rumah di kawasan yang berdekatan turut diterbangkan angin dalam kejadian tersebut. Rumah Siti Khatijah, merupakan yang paling teruk dalam kejadian tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kepada Allah diatas segala bantuan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan yang telah membantu membaiki bumbung rumahnya selepas beberapa hari kejadia tersebut berlaku.

Menurut Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, PAS Kawasan telah memberikan sumbangan kewangan kepada semua mangsa ribut tersebut, selain membantu membaiki rumah Siti Khatijah. PAS Kawasan, melalui Lajnah Kebajikan akan megumpulkan dana bagi membantu orang ramai di sekitar kawasan Tanjung Karang yang ditimpa bencana pada masa akan datang.

Selain itu, PAS Cawangan Tanjung Karang Pekan turut memberikan sumbangan kepada Siti Khatijah bagi meringankan beban mereka.

Gotong-royong turut disertai oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan dan Unit Amal Kawasan serta ahli-ahli PAS Kawasan Tanjung Karang dimulakan pada waktu pagi sehingga jam 1.00 tengahari.

Turut serta dalam gotong-royong tersebut selain YDP PAS Kawasan ialah Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Kawasan, Mohd Rosli Kamsani, Penyelaras Unit Amal Kawasan, Haji Baharuddin Kassim dan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan dan DPP Kawasan serta Unit Amal Kawasan.

3/13/2006

Rakyat terus bantah kenaikan harga minyak

Kuala Lumpur : Rakyat terus membantah kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 sen seperti yang diumumkan oleh kerajaan berkuatkuasa pada 28 Februari 2006 yang lepas. PAS sekali lagi telah mengetuai demontrasi aman bagi menyatakan ketidak puasan hati rakyat terhadap kenaikan bahan bakar tersebut.

Demontrasi yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Antara pemimpin PAS yang berucap selain Ustaz Nasharuddin ialah Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat (DMP) Pusat.

Manakala pemimpin lain yang berucap ialah Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Ibrahim Ali, DAP, Runnie Leu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Demontrasi aman tersebut yang dibuat selepas sembahyang jumaat telah berakhir dengan tindakan FRU menyemburkan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai yang sedang berarak ke Hotel Concorde.

DPP Kawasan Tanjung Karang tidak ketinggalan menyertai demontrasi tersebut yang diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan beberapa orang AJK DPP Kawasan.

Antara pemimpin yang hadir ialah, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Ustaz Idris Ahmad yang juga Timbalan Ketua DPP Pusat, Aiman Atirah, AJK DMP Pusat dan Ustazah Nuridah Salleh, AJK DMP Pusat.

Satu lagi demontrasi akan dianjurkan pada 26 Februari 2006 akan datang yang dianjurkan oleh MTUC, juga bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga petrol tersebut di KLCC.

Sekitar demontrasi membantah kenaikan harga minyak

Naib Presiden PKR, Tian Chua sedang berucap

Helikopter polis sedang membuat rondaan dan mengganggu ucapan pemimpin pembangkang dan Ngo's

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub turut berucap


FRU menghalang orang ramai untuk meneruskan perarakan ke Hotel Concorde dengan menyemburkan gas pemedih mata

Antara ribuan rakyat yang menyertai demontrasi

3/05/2006

Aktivis PAS yang sentiasa ‘on call’ bila diperlukan khidmatnya


Hajjah Salimah bt Sukaimi, 58, merupakan seorang lagi aktivis PAS kawasan Tanjung Karang yang cukup dikenali khususnya di kalangan Muslimat PAS Kawasan.

Beliau merupakan pimpinan muslimat yang aktif dan rajin menyertai setiap program yang dianjurkan sama ada oleh PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS (DMP) dan Nisa’ termasuklah aktiviti yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan.

Beliau juga merupakan muslimat yang sentiasa ‘on call’ bila diperlukan khidmatnya pada setiap masa samaada oleh PAS Kawasan, Muslimat atau Pemuda Kawasan, biasanya yang melibatkan Nisa’.

Latar belakang

Hajjah Salimah yang lebih mesra dengan panggilan ‘Bonda’ di kalangan aktivis PAS Kawasan terutama golongan muda dilahirkan pada 12 Oktober 1948 di Kampong Bukit Kerayong, Jeram, Selangor dan dibesarkan di Parit 4, Sekinchan, adalah anak kepada pasangan Haji Sukaimi dan Hajah Markamah bt. Idris.

Ibu bapanya merupakan seorang petani. Bonda merupakan anak ke-6 daripada 9 orang adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Agama Rakyat di Parit 4, Sekinchan.

Keluarga

Bonda, yang kini menetap di Lorong 1, Sungai Sireh, telah mendirikan rumah tangga dengan Haji Mat Said b. Dahalan, pada tahun 1973 dan telah dikurniakan seramai 2 orang cahayamata, kedua-duanya perempuan. Anak sulungnya telah mendirikan rumah tangga dan telah mendapat 6 orang cucu. Manakala anak keduanya merupakan seorang peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Suaminya, Haji Mat Said, telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2005 yang lalu kerana sakit jantung, juga merupakan aktivis PAS di Cawangannya. Bonda yang bekerja sebagai Pembantu Rendah Am (PRA) MARDI telah bersara pada tahun 2003.

Mula bergiat aktif dengan PAS

Bonda mula bergiat aktif dengan PAS pada tahun 1992. Manakala pada tahun 1996 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Muslimat PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh.

Pada tahun 2001, bonda telah diamanahkan sebagai Ketua Muslimat PAS Cawangan sehingga sekarang. Manakala pada tahun 2003, Bonda telah dipilih sebagai AJK DMP Kawasan Tanjung Karang, juga sehingga sekarang.

Pada tahun yang sama (2003) bonda turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Nisa’ (dulu Amal Nisa’) Kawasan Tajung Karang. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Ariff Sungai Sireh.

Dengan beberapa jawatan yang diamanahkan kepada beliau di dalam jamaah, beliau cukup sibuk dengan berbagai aktiviti yang memerlukan kehadirannya. Setiap hari rabu contohnya, Muslimat PAS Cawangannya, telah menganjurkan kelas pengajian yang dipimpin oleh Ustazah Khadijah. Manakala pada setiap hari Selasa kuliah pengajian dipimpin oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad.

Dan pada setiap hari jumaat pagi dan petang beliau sendiri memimpin bacaan yassin untuk golongan muslimat dari rumah ke rumah di sekitar Sungai Sireh.

Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh DMP dan Nisa’ Kawasan.

Anugerah

Bagi menghargai segala jasa yang telah ditabur kepada masyarakat, Hajjah Salimah, telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) sempena hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tahun 2001.

Selain itu beliau juga pernah menerima anugerah pekerja cemerlang semasa bekerja dengan MARDI.

3/04/2006

Ribuan rakyat bantah kenaikan harga minyak

Kuala Lumpur : Ribuan rakyat telah menyertai demontrasi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak RM0.30 sen seliter berkuatkuasa 28 Februari 2006 yang lalu, di hadapan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC). Demontrasi yang mulakan selepas sembahyang jumaat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Demontrasi dimulakan dari Masjid As-Syakirin KLCC dan berakhir di Concorde Hotel berjalan dengan aman. Pemandu-pemandu sepanjang jalan telah memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing.


Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda (DPP) PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Lain-lain pimpinan yang berucap ialah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan wakil dari DAP, Ronie Leu.


Ustaz Nasharuddin berkata, PAS akan menganjurkan demontrasi yang lebih besar pada minggu hadapan jika harga minyak tidak diturunkan berkuat kuasa esok (sabtu).


Manakala Haji Mohamad Sabu, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, yang meminta supaya rakyat mengubah cara hidup dan berjimat. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno dan menteri-menteri hidup mewah.


Sejak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, menjadi Perdana Menteri, harga minyak telah dinaikkan sebanyak 6 kali. Kenaikkan harga minyak secara melampau adalah seperti menabur pasir di dalam periuk nasi rakyat, ujarnya lagi.

Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang turut menyertai demontrasi tersebut. Seramai 6 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan telah menyertai demontrasi tersebut dan diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin. Turut serta ialah Unit Amal Kawasan dan ahli-ahli PAS Kawasan Tanjung Karang.


Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Dr Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan beberapa pimpinan DPP Pusat dan Negeri. Pimpinan Dewan Muslimat PAS (DMP) turut tidak ketinggalan menyertai demontrasi tersebut, antaranya AJK DMPP, Aiman Athirah, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua DMP Negeri Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan. Manakala daripada PKR ialah, Ustaz Dr Badrul Amin dan Abd Ghani Haron.


Ini merupakan demontrasi kedua yang berjaya dianjurkan oleh PAS. Sebelum ini PAS telah menganjurkan demontarasi membantah karikatur penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w oleh sbuah akbar di Denmark dan telah di ketuai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sekitar Demontrasi membantah kenaikan harga minyak


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengetuai perarakan

Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub

Antara kain rentang yang membantah kenaikan harga minyak
Ahli-ahli PAS Tanjung Karang turut menyertai demontrasi
Pimpinan Muslimat tidak ketinggalan menyertai demontrasi

Ustaz Nasharuddin sedang berucap

Dato' Paduka Ibrahim ali turut berucap


Dr Hatta Ramli sedang berucap

Ustaz Idris Ahmad berucap sebelum membaca doa

Antara ribuan yang menyertai demontrasi membantah kenaikan harga minyak

3/01/2006

YB Salahuddin Ayub Rasmi Pejabat Pentadbiran DPP Kawasan

Tanjung Karang : Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang telah dirasmikan oleh Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub, semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) anjuran DPP Kawasan Tanjung Karang.

Pejabat pentadbiran tersebut yang berukuran 20’ x 20’ mula dibina pada pertengahan bulan November 2005 yang lalu dan telah siap sepenuhnya pada akhir Disember 2005 dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM10,000.00 hasil daripada sumbangan orang ramai dan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan.

Dengan adanya pejabat tersebut seluruh jabatan dan lajnah DPP Kawasan seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Jabatan Amal akan berpusat di pejabat tersebut. Pejabat pentadbiran tersebut telah mula beroperasi sejak bulan Januari 2006 yang lalu.

Turut hadir semasa perasmian adalah Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, Yang Dipertua (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Bendahari PAS Kawasan, Haji Maskuri Mardzuki dan beberapa pimpinan PAS Kawasan.

Sekitar Perasmian Pejabat Pentadbiran DPP Kawasan


YB Salehuddin Ayub diiringi AJK DPP Kawasan dan Pimpinan PAS Kawasan merasmikan pejabat Pentadbiran DPP Kawasan

YB Salehuddin menandatangani plak perasmian pejabat DPP

Menandatangani buku pelawat pejabat DPP

Ketua DPPNS, Ustaz Ramli Sidom turut menandatangani buku pelawat


Ceramah isu semasa selepas perasmian pejabat DPP Kawasan

Ketua DPP Pusat sedang berceramah di KOMPAS

Ketua DPPNS turut berceramah

Dari kiri : YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Ketua DPPNS, Ustaz Ramli Sidom dan Naib YDP PAS Kawasan, Dr Md Yusoff Abd Wahab

Antara ribuan yang hadir mendengar ceramah




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com