.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/19/2006

PAS tidak menyokong Dr Mahathir

Tanjung Karang : PAS bukan menyokong Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi hanya menyokong isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir yang melibatkan rakyat, Kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar, sewaktu berceramah di Padang Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Dr Mahathir juga berkata Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pembohong apabila menafikan anak-anaknya menerima projek dari kerajaan. Anaknya, Kamaluddin, melalui syarikat Scomi telah mendapat keuntungan RM1 juta lebih daripada projek Kerajaan, katanya yang juga Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Kemarahan rakyat kepada Dr Mahathir berlaku setelah 6 tahun Dr Mahathir menjadi PM melalui krisis yang berlaku dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan akhirnya menlahirkan Parti Semangat 46.

Kemarahan rakyat mula memuncak setelah 20 tahun Dr Mahathir menjadi PM dengan pemecatan Bekas Timbalan PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Tetapi orang mempersoalkan kepimpinan Pak Lah hanya baru 2 tahun memerintah.

PAS tidak akan melupakan apa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir selamat 22 tahun menjadi PM, Sayalah antara mangsa yang paling tidak dapat melupakan perbuatan Dr Mahathir ketika beliau berkuasa. Surat penahanan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam dan barbaric ditandatangani oleh Dr Mahathir sendiri dan saya masih menyimpan surat itu, katanya lagi.

Dimana Orang Melayu setelah 50 tahun merdeka

Tanjung Karang : Laporan media perdana menyebut hanya 30% golongan muda yang berminat dan mengambil tahu mengenai apa yang berlaku di dalam negara seperti isu agama, politik dan sebagainya, manakala 20 % lagi pengetahuannya kabur mengenai isu yang berlaku di dalam negara seperti apa yang akan berlaku dan apa puncanya, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Haji Mahfuz Omar, sewaktu berceramah di Padang Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

39% pula hanya berminat mengambil tahu tetapi hanya seperti Sukan, hiburan dan sebagainya. Ini sangat membimbangkan, kerana mereka akan mengambil alih pemerintahan pada masa akan datang, katanya.

Inilah hasil daripada hampir 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, orang-orang Melayu tidak kemana di negara sendiri. Akhirnya, Bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta sedekah di negara sendiri, ujarnya kesal.

Orang melayu tidak boleh menyalahkan bangsa-bangsa lain. Kerana pemimpin bangsa lain jujur memperjuangkan hak mereka. Tetapi pemimpin Umno tidak jujur untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu. Mereka (berjuang) hanya untuk mengangkat status diri sendiri sahaja bukan untuk bangsa Melayu keseluruhannya, katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Pemimpin-pemimpin Umno bersikap hipokrit dan berjuang hanya untuk perut. Bukan berjuang untuk agama bangsa dan negara, katanya lagi.

Umat Islam perlu berjihad menentang keganasan Israel

Tanjung Karang : Umat Islam perlu mengetahui bagaimana dengan nasib Umat Islam di Palestin dan Lubnan. Selain itu, Umat Islam perlu berjihad menentang keganasan Israel, kata Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom sewaktu berceramah di Padang kompleks PAS DUN Sungai Burong.

Lubnan walaupun berfahaman Syiah tetapi mereka lebih baik dari Ahli Sunnah kerana mereka berani menentang Israel.

Hizbullah, katanya, hanya memiliki 200 tentera sahaja. Manakala untuk menjadi tentera Hizbullah sangat ketat.

Israel berkata dengan angkuh dalam masa 3-4 hari boleh menghancurkan tentera Hizbullah tetapi Israel gagal. Israel walaupun mempunyai kereta kebal tercanggih tetapi dengan izin Allah ia dapat dihancurkan oleh tentera Hizbullah, katanya.

Beliau turut menyentuh masalah murtad yang berlaku di dalam negara.

Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (JAKIM) katanya, tidak bekerja dan membuat sambil lewa tentang isu murtad yang sedang berlaku sekarang. Isu murtad juga tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Kabinet.

Turut berucap ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad. Ceramah yang dianjurkan oleh DPP Kawasan diadakan sempena dengan hari Sukaneka dan Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjung Karang.

Hormati kedatangan bulan Ramadhan

Tanjung Karang : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, berkata, menjelang bulan Ramadhan (Umat Islam) perlu mengadakan ceramah-ceramah dan menghormati kedatangan bulan Ramdhan. Umat Islam akan mudah menyeleweng sekiranya melanggar perintah agama.

Dan orang-orang yang sesat, katanya, akan tinggal di dalam neraka untuk selama-lamanya. Manakala orang-orang Yahudi dan Nasrani akan sentiasa menyesatkan Umat Islam seperti yang disebut di dalam Al-Quran :

”Orang-orang Yahudi tidak akan redha kepada kamu (Umat Islam) sehingga kamu mengikut agamanya”

Justeru itu, beliau menyeru supaya Umat Islam berpegang teguh dengan ajaran agama dan berjuang bersama-sama dengan PAS, katanya.

Beri sokongan kepada PAS untuk membanteras gejala sosial yang semakin banyak melanda di dalam negara ini, katanya lagi yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kata-kata aluan sempena dengan Ceramah Isu Semasa yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom.

Ceramah tersebut telah dianjurkan oleh DPP Kawasan sempena dengan Hari sukaneka dan Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjung Karang yang diadakan pada waktu siang di KOMPAS.

Konvokesyen PASTI Tanjung Karang kali ke-4


Tanjung Karang : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjung Karang telah berjaya mengadakan konvokesyen PASTI Kawasan kali ke-4 bertempat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

Seramai hampir 300 orang pelajar 6 tahun dari 10 buah PASTI dalam kawasan Tanjung Karang telah menerima sijil masing-masing.

Program dimulakan dengan persembahan pelajar PASTI Mambaul Huda, Sungai Gulang-gulang, diikuti dengan acara perasmian oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom.

Sijil-sijil telah disampaikan oleh Ustaz Ramli Sidom, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan Timbalan Ketua DPP Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad.

Antara PASTI yang telah membuat persembahan ialah PASTI An Najah, Sungai Yu, PASTI Nurul Islam, Sungai Kajang dan PASTI Parit 4, Sekinchan.

Bagi menghargai segala kegigihan, jasa dan pengorbanan guru-guru PASTI, DPP Kawasan telah memberikan saguhati berbentuk hadiah kepada 20 orang guru-guru PASTI seluruh kawasan Tanjung Karang. Turut diberikan saguhati ialah 8 orang petugas Nisa’ Kawasan Tanjung Karang yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan konvokesyen PASTI Kawasan dan Sukaneka PASTI Kawasan pada waktu pagi.

Program yang telah menjadi acara tahunan bagi PASTI Kawasan Tanjung Karang sejak tahun 2003 yang lalu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibubapa pelajar PASTI dan orang ramai.

Sukaneka PASTI Tanjung Karang meriah


Tanjung Karang : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjung Karang telah berjaya mengadakan Hari Sukaneka PASTI kali pertama bertempat di Padang Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Seramai 100 orang pelajar PASTI lelaki dan perempuan dari 10 buah PASTI telah menyertai sukaneka tersebut. Pelajar-pelejar tersebut telah dibahagikan kepada 5 kumpulan rumah sukan iaitu, Merah, Biru, Kuning, Hijau dan Oren.

Sebanyak 5 permainan telah dipertandingan iaitu Lari bawa bola, Aiskrim gergasi, Isi air dalam botol, Junjung pundi dan lari kutip bola. Turut diadakan ialah pertandingan mewarna kategori terbuka untuk 5 dan 6 tahun.

Juara keseluruhan sukaneka tersebut telah dimenangi oleh rumah merah manakala rumah kuning jatuh tempat kedua.

Selain itu acara untuk ibubapa pelajar PASTI dan guru-guru PASTI juga turut disediakan. Untuk acara bapa pertandingan boling padang, manakala acara ibu ialah baling ping pong dan acara bagi guru-guru PASTI pula ialah sampul misteri.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yusof, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Ustaz Kassim Kayat, yang juga Pengerusi KOMPAS.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom dan telah mendapat sambutan dari ibubapa pelajar PASTI dan orang ramai.

9/09/2006

Timbalan Pengerusi Tetap PAS kembali ke Rahmatullah pagi tadi

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) - PAS hari ini dikejutkan dengan satu berita menyedihkan setelah pagi tadi Timbalan Pengerusi Tetap PAS, Ustaz Suhaimi Ahmad meninggal dunia di Hospital Alor Setar pada jam 9.15 pagi tadi.

Allahyarham Ustaz Suhaimi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kupang sesi 1999 hingga 2004 dilaporkan meninggal kerana pelbagai penyakit antaranya kencing manis dan buah pinggang.

Allahyarham begitu berjasa kepada PAS dan amat dikenali dengan sifat dan perwatakan mesranya ketika mempengerusikan Muktamar PAS.

Allahyarham yang juga adik kepada bekas Timbalan Yang diPertua PAS (kini dikenali Timbalan Presiden), Dato' Nakhaie Ahmad dan bekas ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Zawawi Ahmad dilaporkan akan di kebumikan di Kupang, Baling selepas sembahyang jenazah di Masjid Derga, Alor Setar pada jam 3.00 petang ini.

Selain menjawat Timbalan Pengerusi Tetap, Allahyarham juga adalah bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kedah ketika bekas Presiden PAS, Almarhum Dato' Fadzil Noor menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah.

Allahyarham juga pernah menjawat Ketua Pemuda PAS Kedah tatkal PAS menghadapi ujian getir berhadapan peristiwa 'Memali'.

Selain itu Allahyarham juga dikenali sebagai perancang utama politik pilihan raya PAS Kedah di samping Almarhum Ustaz Fadzil ketika PAS menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional Kedah pada Pilihan Raya 1999.

Kini jawatan Ketua Pemuda PAS Kedah disandang adiknya, Musoddak Ahmad yang juga Exco Pemuda PAS Pusat.

Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang tokoh agama yang baik hati, Adun yang cukup rapat dengan pengundi serta seorang yang cekal dalam menempuhi ranjau politik dan perjuangan Islam di negara ini.

Allahyarham sanggup meninggalkan jawatan sebagai guru agama di sebuah sekolah kerajaan pada tahun 80-an semata-mata untuk menumpukan khidmat bakti kepada perjuangan PAS hingga kembali ke Rahmatullah hari ini.

Dengan pemergian Allahyarham Ustaz Suhaimi, ini bermakna dalam masa terdekat ini PAS kehilangan dua tokoh besar dalam politiknya di Kedah kerana tiga bulan sebelum ini bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Cikgu Mustafa Long juga kembali ke Rahmatullah.

Dalam Muktamar PAS di Kedah Jun lalu, Allahyarham sempat mempengerusikan sidang muktamar pada hari kedua sebelum dimasukkan ke hospital hari berikutnya. Al-Fatihah...

9/08/2006

Ikut cara perjuangan Rasulullah pasti kita menang – Dr Osman Sabran

Tanjung Karang : Pejuang Hizbullah berjaya memusnahkan 147 buah kereta kebal Israel yang canggih, kata Ustaz Dr Osman Sabran, Ahli Badan Pehubungan PAS Negeri Selangor sewaktu berceramah Nisfu Syaaban di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama’ PAS (DUP) Negeri Selangor berkata, mengapa Hizbullah (diberi kemenangan)? Siapa Hizbullah? Jika kita ikut cara perjuangan Rasulullah s.a.w pasti (kita) mendapat pertolongan Allah.

Tentera Hizbullah adalah pejuang yang berdisiplin, abid di malam hari dan tangkas di medan perang. Pejuang PAS perlu berusaha mendekatkan diri dengan Allah s.w.t seperti berzikir dan memohon pertolongan Allah.

Beliau juga menasihatkan Umat Islam supaya jangan menjadi zindiq iaitu nampak seperti (orang) baik tetapi hati perutnya benci terhadap Islam. Seperti Umno yang mewujudkan Islam Hadhari, katanya yang juga bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Selain itu, katanya, Umat Islam jangan menjadi (orang) Fasiq, nampak seperti wara’ tetapi semua larangan agama dilanggar seperti perangai Ulama’-ulama’ Umno. Pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Malaysia Negara Islam tetapi tiada pengisian dan tuntutan Islam yang dilaksanakan.

Antara yang hadir ialah dalam ceramah tersbeut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP PAS Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab dan beberapa orang AJK PAS Kawasan.

9/01/2006

Tiga pimpinan dianugerah Tokoh Veteran PAS Kawasan

Sungai Gulang-Gulang : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan veteran PAS Kawasan. Sempena dengan Ceramah Gema Malam Kemerdekaan di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang, DPP Kawasan telah menganugerahkan Tokoh Veteran PAS Kawasan tahun 2006 kepada pimpinan dan bekas pimpinan PAS Kawasan Tanjung Karang.

Seramai tiga orang tokoh telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Tokoh pertama adalah, Haji Ajmain Rahmat, 65, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Raja Musa.

Manakala tokoh kedua adalah bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Selangor, Haji Miskon Misani, 57, yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Terap.

Manakala Naib Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjung Karang, Ustazah Hajjah Sabariah Hashim merupakan pimpinan muslimat tunggal yang menerima anugerah daripada DPP Kawasan. Beliau yang kini berusia 69 tahun juga adalah bekas Pemangku Ketua DMP Kawasan dan merupakan adik kepada bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Allahyarham Ustaz Ismail Hashim.

Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Rosli Yaakub dengan diiringi Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad.

Ini adalah kali kedua DPP Kawasan memberikan anugerah bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh meraka. Tahun lepas DPP Kawasan turut memberikan anugerah yang sama kepada beberapa tokoh veteran PAS Kawasan Tanjung Karang juga bersempana dengan ceramah Gema Malam Kemerdekaan.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr Rosli Yaakub dan Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir. Ceramah dimulakan dengan persembahan nasyid daripada pelajar Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10, Tanjung Karang dan persembahan dari Ahmad Dhuat.

Turut hadir ialah Naib YDP PAS Kawasan, Dr Mohd Yusof Abd Wahab dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid

Barisan Alternatif cadangkan Belanjawan Berhemah

Sungai Gulang-Gulang : Barisan Alternatif (BA) telah membetangkan Cadangan Belanjawan 2007 oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Belanjawan tersebut menyentuh antaranya ialah Membudayakan Belanjawab Berhemah, Kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Rosli Yaakub, sewaktu berceramah di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang.

Selain itu menurutnya, Belanjawan yang dibentangkan oleh BA ialah untuk meringankan beban rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam usaha membudayakan belanjawan berhemah, BA mencadangkan supaya menghentikan kenaikan harga petrol dan mengembalikan kepada harga asal. Menghentikan kenaikan taarif elektrik dan air serta menghentikan kenaikan harga Tol dan menilai semula perjanjian konsesi dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), yang membolehkan PLUS menaikan kadar tol setiap tahun sehingga tahun 2018.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, bekata, BA mencadangkan supaya dihapuskan cukai jalan bagi motorsikan berkuasa 250cc kebawah, menghapuskan cukai jalan bagi kereta berkuasa 1,600 cc kebawah serta memperkenalkan gaji minimum RM1,000.00.

Ceramah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang sempena dengan Gema Malam Kemerdekaan. Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir.

Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Mohd Yusof Abd Wahab, Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Khairullah Junid dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, turut hadir dalam ceramah tersebut.

Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005 gagal

Sungai Gulang-gulang : Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, tidak meletakkan Islam sebagai agenda, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir, sewaktu berceramah di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang sempena dengan Gema Malam Kemerdekaan anjuran Dewan Pemuda (DPP) Kawasan Tanjung Karang.

Semasa beliau mula-mula dilantik sebagai Menteri Besar (MB), Pejabat Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan buku yang bertajuk ”Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005” , katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kelana Jaya, berkata, Di dalam buku berkenaan disebut ”Selangor akan melahirkan masyarakat Madani yang di dalamnya dipenuhi dengan masyarakat Rabbani. tetapi selepas pilihanraya tahun 2004 tidak kedengaran lagi Wawasan Syumul 2005 yang tinggal hanya Selangor Maju 2005.

Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor dengan kuasa yang ada gagal membendung maksiat yang banyak berlaku di negeri ini. Di Selangor juga terdapat 2 kilang arak yang terbesar di negara ini, katanya lagi.

Menyentuh mengenai kepimpinan antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kelantan dan Selangor juga jauh berbeza. Di Negeri Kelantan EXCO Kerajaan negeri ada seorang Peguam, Haji Takiyuddin Hasan, seorang bekas Penyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Haji Zulkifli Mamat, Doktor perubatan, Dr Nik Mazian, lulusan Ekonomi, Dato’ Husam Musa dan sebagainya. Tetapi di Negeri Selangor ada EXCO yang mempunyai Doktor Kehormat (Dr) yang dianugerahkan ijazah tanpa belajar dahulu.

Turut berceramah ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Rosli Yaakub. YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Mohd Yusof Abd Wahab, Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Khairullah Junid dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, turut hadir dalam ceramah tersebut.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com