.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

4/18/2006

Hasad dengki punca Abrahah mahu merobohkan kaabah – Ustaz Kamal


Tanjung Karang : Sambutan Maulidur Rasul mula dipelopori oleh Khalifah Al-Muktazim bila Umat Islam sudah mula melupakan Nabi Muhamad s.a.w, kata, Ustaz Kamal Ashaari semasa berceramah di Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10, sempena Maulidur Rasul.

Nabi Muhamad s.a.w dilahirkan pada tahun gajah kerana Allah hendak menunjukkan sebarang kuasa manusia akan hancur (jika menentang Islam). Abrahah rasa (dirinya) hebat tetapi Allah menghinanya dengan burong kecil yang membawa batu dari neraka (semasa Abrahah dan tentera bergajah merancang untuk merobohkah kaabah). Hasad dengki merupakan punca Abrahah merancang untuk menyerang makkah, katanya.

Selain itu, Umat Islam perlu sensitif bila ada orang menghina Nabi s.a.w bukan sahaja melalui karikatur tetapi melalui perkataan dan sebagainya. Penghinaan paling besar (terhadap Nabi) apabila tidak amal sunnah dan menghina sunnah Nabi, katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai pendedahan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria mengenai 250,000 orang Islam telah memohon untuk menukar agama (murtad).

Akhbar, menurutnya, cuba menggelapkan isu ini dengan isu Siti Nurhaliza yang akan berkahwin dengan ahli perniagaan. Bahkan ada orang mengatakan bahawa murtad tidak mengancan keselamatan negara, ujarnya lagi kesal.

Ceramah terseut diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu pentadbiran Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Pelajar-pelajar Maahad Thahfiz, tersebut turut membuat beberapa persembahan sebelum ceramah seperti Hafalan Al-quran, Khutbah, Nasyid dan Syair. Turut berucap ialah Mudir (Pengetua) Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Ustaz Musa Mohamad.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com