.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/04/2005

Dewan Pemuda hargai jasa Veteran PAS Kawasan



Tanjung Karang : Buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan telah memberikan anugerah kepada beberapa tokoh veteran PAS Kawasan Tanjung Karang, sempena dengan ceramah kemerdekaan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS), untuk menghargai jasa dan pengobanan mereka selama ini. Seramai 5 orang tokoh veteran PAS telah dipilih oleh DPP Kawasan sebagai penerima anugerah tersebut.

Tokoh pertama yang dipilih ialah Haji Jali Hassan, yang telah bergiat aktif dengan PAS sejak awal penubuhan PAS Kawasan Tanjung Karang sehingga sekarang. Beliau kini merupakan Ketua PAS Cawangan Parit 3 Dalam. Manakala Tokoh PAS yang kedua adalah, Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid. Beliau merupakan seorang pesara guru, dan pernah dipilih sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, dalam Pilihanraya Umum tahun 1995.

Bekas Naib YDP PAS kawasan, Haji Chamsari Kasaman, telah dipilih sebagai tokoh veteran PAS Kawasan yang ketiga. Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang. Turut terpilih sebagai tokoh veteran PAS Kawasan adalah Haji Jamhari Shamsuri dan Haji Yusof Anawari.

Anugerah telah disampaikan oleh, Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir. Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad dan Naib YDP Kawasan Tanjung Karang, Dr Mohd Yusof Abd Wahab.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com