.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/20/2005

Penyelewengan Terhadap Demokrasi – Dr Shafie Abu Bakar


Tanjung Karang : Berbagai-bagai cara pencabulan Hak Asasi Manusia dilakukan oleh Polis di bawah desakan parti-parti politik pemerintah seperti menyekat permit untuk berceramah, walaupun diminta memohon, menyekat jalan-jalan ke tempat ceramah, walaupun ceramah di dalam premis, memasuki premis-premis yang sedang dalam sesi ceramah, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Shafie Abu Bakar, semasa membentangkan kertas kerja sempena dengan Tamrin Qiadi Anjung Utara di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Menurutnya, Polis tidak berhak berbuat demikian, menggempur kawasan dan premis ceramah dengan jip, trak, lori dan menembak gas dan air kimia, bahkan menangkap mereka yang hadir ke ceramah.

Penyelewengan dan pencabulan terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, semuanya ini berlaku oleh kerana tidak adanya amanah, khususnya dari pihak pemerintah dan pegawai-pegawai yang menjalankan perintah. Mereka bersifat `double standard` pada satu `platform` mereka mendakwa berpegang teguh pada nilai-nilai demokrasi dan mempertahankan Hak Asasi Manusia sedangkan pada `platform` yang lain, merekalah peruntuh demokrasi dan Hak Asasi Manusia, Ujarnya.

Penyelewengan-penyelewengan yang terjadi seperti penyelewengan pilihanraya, pencabulan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Bersuara hendaklah di bawa ke Parlimen, SUHAKAM, Badan-badan Antarabangsa, mahkamah Antarabangsa bahkan kepada PBB, Ujarnya lagi.

Penyelewengan ini, menurutnya, perlu di dedahkan pada peringkat nasional dan internasional agar mereka merasa maruah mereka tercemar dan kembali kepada memperbaiki diri.

Menurutnya lagi, Semua pihak patut malu tentang budaya politik yang kontradiksi di Negara kita. Pihak pemerintah mendakwa mendokong demokrasi, sedang pada waktu yang sama merekalah yang mencabul demokrasi dan Hak Asasi manusia dengan undang-undang rimba. Usaha memulih dan memperkasakannya perlu dilakukan dan rakyat perlu berani merubah pemerintahan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com