.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/20/2005

Umat Islam diminta menolak fahaman Islam Liberal - Ustaz Abd Ghani


Tanjung Karang : Tiga musuh besar umat Islam ialah Imprealisme, Orientalisme dan Zionisme. Dari tiga puaka ini muncul puaka-puaka baru berupa golongan dan fahaman yang menyimpang dan mencemari akidah dan budaya umat (Islam), kata Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, sewaktu membentangkan kertas kerja semasa Tamrin Qiadi peringkat Anjung Utara di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Menurutnya, Fahaman seperti sekularisme, meterialisme, komunisme, liberalisme dan berbagai isme-isme baru yang umumnya membawa keherotan dalam manhaj berfikir dan membuat pertimbangan.

Di antara fahaman dan amalan baru tersebut ialah apa yang dipanggil sebagai golongan Muslim atau Islam Liberal. Golongan ini secara umum menjadikan perjuangan mereka beredar sekitar pemisahan agama dari negara, hak asasi manusia, hak dan kebebasan wanita, demokrasi kebebasan berfikir dan pembangunan atau kemajuan manusia, ujarnya.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka sering ditangani dari perspektif yang menyimpang dari pengertian dan norma-norma Islam yang sah atau melampaui batas batas syara’, ujarnya lagi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, meminta, agar umat Islam menolak gejala Muslim Liberal atau kumpulan Islam Liberal dengan cara memperkasa pendidikan di kalangan umat (Islam). Pengajaran Islam hendak disampaikan oleh ilmuan Islam yang terasuh dengan didikan syariat secara teratur dan dari Institusi yang diketahui ramai melahirkan ulama dan cendikiawan yang jujur dan benar.

Selain itu beliau juga menyarankan, supaya campurtangan asing dalam usaha mereka merombak sukatan pendidikan Islam, mendangkal dan menyelewengkan pemahaman agama mesti disekat. Media massa hendaklah dikuasai oleh para penulis dan wartawan yang berorientasikan Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com