.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

1/15/2007

Kos hidup rakyat Selangor semakin meningkat dibawah Umno

Sungai Sireh : Kos hidup untuk rakyat Malaysia terlalu tinggi. Pada awal tahun yang lalu kerajaan telah menaikkan harga bagi minyak, gas dan diesal sebanyak 30sen. Kerajaan telah memberi alasan kerajaan tidak mampu menampung kos subsidi minyak, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Di dalam Pilihanraya Negeri Serawak, rakyat Serawak telah memberi undi protes terhadap Barisan Nasional (Bn). Pembangkang telah memenangi sebanyak 9 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala calon tunggal PAS di DUN Beting Maro tewas dengan majoriti tipis iaitu sebanyak 800 undi.

Di negeri Selangor rakyat turut dibebankan dengan berbagai kenaikan kos hidup seperti cukai tanah naik sebanyak 10%, manakala yang tinggal di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cukai pintu turut meningkat sehingga ada yang mencecah 100%.

Turut meningkat ialah elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi alasan kononnya TNB mengalami kerugian. Selain itu, penduduk Lembah Klang dan Putrajaya juga turut menikmati kenaikan bagi tarik air. Dan yang terakhir ialah pada tahun lepas ialah kenaikan harga simen sebanyak RM5.00. Kenaikan harga simen ini akan mengakibatkan kenaikan kos bahan binaan, ujarnya.

Manakala pada awal tahun ini rakyat turut dibebankan dengan kenaikan harga tol sehingga 60%. Harga Tol sekarang lebih mahal dari harga minyak, ujarnya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kelana Jaya, mengajak rakyat supaya berani bersuara dan melakukan perubahan. Singkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak boleh membela nasib rakyat dan hidup senang-lenang.

ADUN BN Kawasan Pelabuhan Klang, Dato’ Zakaria Md Derus, telah membina rumah 4 tingkat dan mempunyai 17 buah bilik berharga 8 juta. Selain beliau hampir semua pemimpin-pemimpin Umno bahagian Klang turut memiliki rumah mewah seperti Zakaria. Tetapi apa yang mampu dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo?, soalnya.

Khir Toyo tidak mampu mengambil apa-apa tindakan terhadap Zakaria sehingga sekarang, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah Penjelasan Hak Rakyat di Markaz PAS Sungai Sireh, bersama Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Abu Zaharin Yaasin atau lebih dikenali di alam maya sebaga i Sang Kelembai.

Program tersebut adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Md Yusoff Abd Wahab dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com