.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

1/03/2007

Pemuda PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri anjurkan kejohanan bola sepak

Tanjung Karang : Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Pemuda PAS Sungai Tengi Kiri. Perlawanan yang julung-julung kalinya diadakan itu telah disertai oleh 4 pasukan iaitu B. Tennos, Batu 11, Jalan Jepun dan H15K.

Pusingan pertama menyaksikan pertandingan antara B. Tennos menentang Batu 11. Dalam perlawanan tersebut menyaksikan kedua-kedua pasukan mendapat seri 1 sama. Manakala Pasukan Jalan Jepun menentang H15K. Pasukan Jalan Jepun telah menewaskan H15K dengan 2-0.

Manakala Pusingan kedua pula menyaksikan pertandingan antara B. Tennos menentang H15K. Pertandingan kali ini menyaksikan pasukan H15K telah tewas di tangan pasukan B. Tennos dengan 1-0. Manakala Pasukan Jalan Jepun pula telah menewaskan Batu 11 juga dengan 1-0.

Bagi Pusingan ketiga pula, pasukan B. Tennos telah mendapat seri 0-0 dengan pasukan Jalan Jepun. Manakala pasukan Batu 11 pula telah ditewaskan oleh pasukan H15K dengan 1-0.

Pertandingan akhir diantara pasukan B. Tennos dengan pasukan Batu 11 pula telah menyaksikan pasukan B. Tennos menewaskan Batu 11 dengan 3-1.

Kedudukan keseluruhan ialah pasukan B. Tennos mendapat tempat pertama manakala tempat kedua jatuh kepada pasukan Batu 11. Manakala tempat ketiga pasukan Jalan Jepun dan pasukan H15K mendapat tempat keempat.

Antara yang turut menyertai perlawanan bola sepak tersebut ialah Ketua Lajnah Budaya, Seni dan Sukan, Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang, Mohd Sofian Mohd Khalil dan Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan, Mohd Maruty Mohd Alib.

Manakala pimpinan DPP Kawasan yang telah hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Ketua DPP Kawasa, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, yang juga Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri, Naib Ketua, Abd Malek Abd Majid dan Setiausaha DPP Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com