DPP Tanjung Karang sertai Himpunan 15K Pemuda Malaysia
Kota Bharu : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang telah me
nyertai Himpunan 15,000 Pemuda Malaysia yang dianjurkan oleh DPP Pusat bertempat di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
DPP Kawasan Tanjung Karang telah berjaya menghantar seramai lebih 40 orang peserta diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin. Peserta Tanjung Karang mula bertolak dari Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 selepas isya’ dengan menaiki sebuah bas.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub, kemudian ucapan daripada bekas-bekas Ketua DPP Pusat iaitu, Dato’ Haji Mustafa Ali, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Haji Mahfuz Omar dan Haji Mohamad Sabu.
Himpunan yang m
endapat sambutan menggalakkan daripada pemuda-pemuda seluruh negara itu berhenti rehat untuk makan tengahari dan sembahyang zohor dan disambung semua dengan ucapan daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat.
Program berakhir pada jam 5.30 petang dengan penyerahan watikah tugas jentera Pilihanraya pemuda kepada Ketua DPP PAS Negeri-negeri, diikuti dengan bacaan ikrar pemuda dan doa wehdah oleh Ahli Jawatankuasa (EXCO) DPP Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Noor

DPP Kawasan Tanjung Karang telah berjaya menghantar seramai lebih 40 orang peserta diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin. Peserta Tanjung Karang mula bertolak dari Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 selepas isya’ dengan menaiki sebuah bas.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub, kemudian ucapan daripada bekas-bekas Ketua DPP Pusat iaitu, Dato’ Haji Mustafa Ali, Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik, Haji Mahfuz Omar dan Haji Mohamad Sabu.
Himpunan yang m

Program berakhir pada jam 5.30 petang dengan penyerahan watikah tugas jentera Pilihanraya pemuda kepada Ketua DPP PAS Negeri-negeri, diikuti dengan bacaan ikrar pemuda dan doa wehdah oleh Ahli Jawatankuasa (EXCO) DPP Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Noor
0 Comments:
Post a Comment
<< Home