.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

1/29/2007

PAS tuntut 4 perkara untuk ditunaikan oleh SPR – Dato’ Dr Hasan Ali

Tanjung Karang : Boikot Pilihanraya Kecil Batu Talam adalah lambang bantahan sistem demokrasi di Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, sewaktu berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) dalam roadshow isu boikot PRK Batu Talam.

Isu (Dato’Seri Dr Mohd) Khir Toyo yang terlalu banyak menyeleweng, 21 fail telah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis tetapi masih tidak diambil tindakan oleh Perdana Menteri. Apa sudah jadi dengan sistem demokrasi di Malaysia?, soalnya.

Sebab itu kita memboikot, tetapi boikot perlu diikuti dengan tindakan yang bersepadu dengan kerja kuat parti, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Pembangkang telah menghantar memorandom kepada Yang Dipertuan Agong, Suhakam dan lain-lain tentang penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan demokrasi tetapi tidak berjaya!, yang boleh mengubah ialah rakyat!, (kerana) SPR terikat tangannya!, katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abd Rahman, mengakui beliau dan SPR terikat oleh Umno-BN. PAS kemukakan empat perkara penyelewengan SPR iaitu isu daftar pemilih, SPR menggunakan senarai pemilih yang berbeza semasa penamaan dan pembuangan undi, memanjangkan masa mengundi selama 2 jalan di Selangor. Ini tidak pernah berlaku di negara-negara komonwel.

Yang kedua ialah pengundi pos perlu dihapuskan. Ketiga, celup tangan dalam dakwat selepas membuang undi dan yang keempat ialah, memanggil pemerhati antarabangsa untuk memantau ketelusan pilihanraya, katanya lagi.

Turut berucap ialah Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Pengerusi PKR Negeri Selangor. Program yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang dan Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai walaupun didalam keadaan hujan.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com