.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

1/29/2007

Umno banyak menyalahgunakan harta rakyat – Tan Sri Khalid Ibrahim

Tanjung Karang : Umno telah menyalahgunakan harta dan wang rakyat, menteri-menteri dan pegawai kerajaan mengunakan wang dan harta rakyat untuk kempen politik Barisan Nasional (BN) di Batu Talam, kata Bendahari Parti KeADILan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim, sewaktu berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) sempena roadshow penjelasan mengenai boikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam oleh PAS dan PKR.

Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) menguntungkan bukan bumiputera, orang melayu yang mendapat projek kemudia diserahkan kepada kaum cina. Orang-orang melayu hanya mendapat komisyen sebanyak 20% sahaja, manakala kaum cina mendapat 80%, katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, Zaman Omar Abd Aziz memerintah selama 4 tahun sahaja telah dapat membangunkan sistem baitulmal sehingga tiada lagi orang miskin yang layak menerima zakat. Tak perlu kepada DEB kerana sifat kepimpinan Islam yang telus dan amanah.

BN menipu rakyat dengan papan tanda projek kerajaan BN, Seolah-olah BNlah yang membuat jalan, sekolah dan sebagainya. Rakyat hanya terus membenarkan BN terus menipu!, katanya kesal.

Isu boikot PRK Batu Talam perlu disokong untuk menunjukkan kuasa rakyat kepada BN. Ini adalah jihad kerana sebagai seorang Islam kita perlu berdakwah sepanjang masa di mana saja.

BN (telah) membawa imej buruk kepimpinan Islam kerana penipuan, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya. Boikot perlu diiringi oleh reformasi mental rakyat untuk menolak BN-Umno, katanya lagi.

Turut berucap ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Program yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang dan Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai walaupun didalam keadaan hujan.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com