Rakyat perlu berganding bahu menentang kezaliman
Tanjung Karang : Ra
kyat perlu berganding bahu menentang pemerintahan yang zalim, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).
Menurutnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah akta yang zalim dan tidak wajar dikekalkan.
Beliau juga kesal kerana tahanan ISA telah dilanjutkan lagi selama 2 tahun, termasuk anak Mursyidul Am PAS, Nik Adli Dato’ Nik Abdul Aziz.
Selain itu, beliau juga kesal dengan Pilihanraya kampus yang penuh dengan penipuan dan campurtangan dari Umno. Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Shafie Salleh, telah terlibat dalam memenangkan kumpulan ASPIRASI, di dalam pilihanraya kampus.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home