Pelbagai Isu besar yang perlu dihadapi di Negeri Selangor
Tanjung Karang : Pelbagai isu besar terpaksa kita hadapi di negeri ya
ng (Dato’ Seri Dr Mohd) Khir Toyo kata maju ini. Persoalannya samaada kita benar-benar telah menyingsing lengan menghadapinya atau sekadar melepas batuk di tangga menyelesaikannya, kata Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, sewaktu memberikan ucapan tema sempena Muktamar DPP Negeri Selangor yang bertajuk ‘Menjiwai Perjuangan Mendepani Cabaran’ di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).
DPP Negeri Selangor sewajarnya memainkan peranan penting menjuarai isu masyarakat setempat sebagai keprihatinan kita kepada golongan marhaen. Kita dikehendaki mampu mengurus isu sehingga menyemarak sokongan rakyat seluruhnya kepada kita. Inilah yang dikatakan menjiwai perjuangan Islam yang biasanya diwakili dan dibantu oleh golongan dhu’afa’ dan fuqara’, ujarnya.
DPP Negeri Selangor, katanya, melahirkan dukacita apabila terlalu banyak maksiat yang berleluasa berlaku di kalangan rakyatnya khususnya muda-mudi. Perlakuan sumbang, tidak senonoh tidak mampu dibendong lagi. Bukan sekadar manusia yang menjadi mangsa, bukit-bukau di Selangor juga diperkosa dengan rakus oleh kerajaan tempatan tanpa memikirkan eko sistem dan keperluan semasa.
Isu Bukit Cherakah atau nama barunya Bukit Cahaya Seri Alam diteroka, digondol dan dimusnah melampau tahap kecerdikan manusia berfikir, merupakan tindakan yang tidak boleh dimaafkan, ujarnya lagi.
Empangan Semenyeh pula
semakin cetek hari demi hari disebabkan hilangnya tempat tadahan hujan di Selangor. Hal ini amat membimbangkan kita. Sungai-sungai yang membekalkan air kepada rakyat seumpama Sungai Gombak juga dikatakan tercemar dengan Ammonia.
Ada orang kata ia adalah tahi manusia tetapi yang lebih malang ialah melimpahnya najis khinzir yang masuk ke dalam sungai. Kita pun tak tahu yang mana betul, tapi bagi kita itulah akibat sumber air ini dimiliki dan dikuasai oleh egelintir kapitalis. Menteri Besarnya bukan main memperlekeh Kelantan. Apa yang maju?, Adakah negeri yang maju? Atau pemimpin dan kroni yang maju kantongnya?, ujarnya.

DPP Negeri Selangor sewajarnya memainkan peranan penting menjuarai isu masyarakat setempat sebagai keprihatinan kita kepada golongan marhaen. Kita dikehendaki mampu mengurus isu sehingga menyemarak sokongan rakyat seluruhnya kepada kita. Inilah yang dikatakan menjiwai perjuangan Islam yang biasanya diwakili dan dibantu oleh golongan dhu’afa’ dan fuqara’, ujarnya.
DPP Negeri Selangor, katanya, melahirkan dukacita apabila terlalu banyak maksiat yang berleluasa berlaku di kalangan rakyatnya khususnya muda-mudi. Perlakuan sumbang, tidak senonoh tidak mampu dibendong lagi. Bukan sekadar manusia yang menjadi mangsa, bukit-bukau di Selangor juga diperkosa dengan rakus oleh kerajaan tempatan tanpa memikirkan eko sistem dan keperluan semasa.
Isu Bukit Cherakah atau nama barunya Bukit Cahaya Seri Alam diteroka, digondol dan dimusnah melampau tahap kecerdikan manusia berfikir, merupakan tindakan yang tidak boleh dimaafkan, ujarnya lagi.
Empangan Semenyeh pula

Ada orang kata ia adalah tahi manusia tetapi yang lebih malang ialah melimpahnya najis khinzir yang masuk ke dalam sungai. Kita pun tak tahu yang mana betul, tapi bagi kita itulah akibat sumber air ini dimiliki dan dikuasai oleh egelintir kapitalis. Menteri Besarnya bukan main memperlekeh Kelantan. Apa yang maju?, Adakah negeri yang maju? Atau pemimpin dan kroni yang maju kantongnya?, ujarnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home