Haji Mahad Aktivis veteran Unit Amal
Haji Mahad merupakan seorang yang cukup dikenali khususnya dengan Unit Amal samaada di Kawasan Tanjung Karang, Negeri Selangor bahkan di seluruh seluruh Malaysia. Beliau merupakan aktivis Veteran Unit Amal dan masih aktif sehingga sekarang.
Latarbelakang
Latarbelakang

Haji Mahad mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani sehingga darjah 3. Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit di Kedah sehingga darjah 6.

Keluarga
Beliau yang bekerja sendiri sebagai seorang petani telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Safiah Abdullah, 57, pada tahun 1981 dan telah dikurniakan 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.
Isterinya, Bekas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan dan telah bersara pada tahun 2004, juga merupakan aktivis PAS di kawasan Tanjung Karang.

Anak lelakinya telah berkerja, manakala anak perempuannya telah mendirikan rumahtangga dan masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.
Mula Bergiat aktif dengan PAS
Haji Mahad yang kini menetap di Block C Sawah Sempadan, Tanjung Karang, mula menyertai PAS pada tahun 1981 sebagai ahli seumur hidup. Bermula pada tahun tersebut beliau mula bergiat aktif dengan PAS dengan memegang jawatan sebagai AJK PAS Cawangan Block C, Sawah Sempadan sehingga sekarang.

Beliau yang kini memegang AJK Unit Amal Kawasan Tanjung Karang. Mula menyertai Unit Amal sejak awal penubuhannya pada tahun 1993 dan aktif sehingga sekarang. Bermula sejak tahun tersebut, beliau tidak pernah ketinggalan untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh Unit Amal dipelbagai peringkat.
Kegigihan dan keikhlasannya di dalam perjuangan sememangnya wajar mendapat pujian. Setiap Hari Khamis malam jumaat beliau tidak pernah ketinggalan menyertai program sembahyang hajat dan bacaan yaasin yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad di sekitar Tanjung Karang khususnya DUN Sungai Burong.
Manakala pada setiap petang rabu, beliau akan menghantar Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Sabariah Hashim, yang berhampiran rumahnya, untuk memberikan kuliah mingguan untuk Muslimat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) bersama isterinya. Beliau juga akan menghantar isterin

Aktiviti Masyarakat
Selain terlibat secara aktif dengan PAS dan Unit Amal, Haji Mahad juga turut terlibat secara aktif dengan masyarakat. Beliau pernah dilantik sebagai Siak Masjid Block D Sawah Sempadan. Kini beliau merupakan AJK Masjid berkenaan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home