.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/18/2006

Lima Asas kehidupan manusia – Ustaz Sallehen Mukhyi

Tanjung Karang : Manusia mempunyai 5 asas di dalam kehidupan, yang pertama ialah Ilmu Pengetahuan. Seperti mendengar kuliah merupakan satu ilmu, kata Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Sallehen Mukhyi, semasa menyempaikan kuliah mingguan deenul Islam di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Manakala yang kedua ialah Taat. Jangan jadi seperti orang-orang Yahudi yang tidak mahu taat kepada perintah Allah. Orang-orang yahudi menjadi sesat kerana mereka langgar perjanjian dengan Allah selepas mereka diselamatkan daripada Firaun dan sebagainya.

Orang-orang yahudi juga telah membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul seperti Nabi Zakaria yang telah di gergaji hidup-hidup. Nabi Ibrahim pula telah dibakar. Selain itu orang-orang yahudi telah menyembah (patung) anak lembu sebaik sahaja Nabi Musa mengadap Allah di Bukit Tursina, ujarnya.

Perkara ketiga yang menjadi asas di dalam kehidupan manusia ialah behijrah dan yang keempat ialah berjihad (di jalan Allah). Jihad merupakan perkara yang penting walaupun ia tidak termasuk dalam rukun Islam, ujar Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar lagi.

Dan perkara yang kelima ialah Berjamaah. Nabi Muhamad s.a.w telah menyebut di dalam hadith sesiapa yang keluar daripada jamaah seolah-olah telah merungkai Islam.

Di dalam Perang Uhud Islam telah dikalahkan oleh tentera musuh, kerana tentera Islam tidak mengikut arahan Nabi. Kekalahan di dalam perang uhud juga kerana Allah hendak menapis antara orang-orang yang beriman dan tidak beriman.

Kerana bila Islam menang di dalam peperangan Badar ramai orang yang telah memeluk Islam. Tetapi bila Islam kalah di dalam peperangan Uhud ramai yang berpaling daripada Islam.

Kuliah mingguan terseut merupakan anjuran bersama Lajnah Tarbiyyah dan Pendidikan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan dan KOMPAS. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan beberapa AJK PAS dan DPP Kawasan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com