YB Salahuddin Ayub Rasmi Pejabat Pentadbiran DPP Kawasan
Tanjung K
arang : Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang telah dirasmikan oleh Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub, semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) anjuran DPP Kawasan Tanjung Karang.
Pejabat pentadbiran tersebut yang berukuran 20’ x 20’ mula dibina pada pertengahan bulan November 2005 yang lalu dan telah siap sepenuhnya pada akhir Disember 2005 dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM10,000.00 hasil daripada sumbangan orang ramai dan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan.
Dengan adanya pejabat tersebut seluruh jabatan dan lajnah DPP Kawasan seper
ti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Jabatan Amal akan berpusat di pejabat tersebut. Pejabat pentadbiran tersebut telah mula beroperasi sejak bulan Januari 2006 yang lalu.
Turut hadir semasa perasmian adalah Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, Yang Dipertua (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Bendahari PAS Kawasan, Haji Maskuri Mardzuki dan beberapa pimpinan PAS Kawasan.

Pejabat pentadbiran tersebut yang berukuran 20’ x 20’ mula dibina pada pertengahan bulan November 2005 yang lalu dan telah siap sepenuhnya pada akhir Disember 2005 dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM10,000.00 hasil daripada sumbangan orang ramai dan Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan.
Dengan adanya pejabat tersebut seluruh jabatan dan lajnah DPP Kawasan seper

Turut hadir semasa perasmian adalah Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, Yang Dipertua (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Bendahari PAS Kawasan, Haji Maskuri Mardzuki dan beberapa pimpinan PAS Kawasan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home