.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/01/2006

Kepimpinan Abdullah Badawi Sangat Lemah - Salahuddin Ayub

Tanjung Karang : Rancangan musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti untuk menyerang Islam. Agenda mereka berterusan walaupun penjajah sudah tiada tetapi melalui pemimpin-pemimpin negara sendiri yang menjadi dalang musuh Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Salahuddin Ayub, semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) sempena dengan perasmian Pejabat Pendtadbiran DPP Kawasan.

Amerika, menurutnya, lebih bimbang kepada Islam berbanding komunis dan sosialis. Arahan-arahan mereka (Amerika) sangat cepat dilaksanakan oleh pemimpin negara membangun untuk menahan gerakan Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan turut menyentuh mengenai perjuangan Umno yang kononnya membela melayu. Jika betul (memperjuangkan Melayu) apa yang Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, lakukan untuk memulihkan martabat melayu? soalnya.

Jika isu kecil Pak Lah tidak boleh selesaikan apa lagi isu besar seperti penghinaan terhadap Nabi Muhamad s.a.w, kenaikan harga minyak dan sebagainnya.

Kini, menurutnya lagi, ejaan jawi (telah) terkubur pula dengan penutupan Utusan Melayu. Sedangkan terdapat kajian yang mengatakan 70% pejabat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak tahu membaca jawi. Ini (adalah) kesan tindakan Tan Sri Khir Johari, semasa menjadi Menteri Pelajaran yang telah menghapuskan tulisan jawi. Kesannya di zaman Pak Lah tulisan jawi telah mati.

Sedangkan Jepun, China, Korea, Thailand menggunakan tuliasan asal mereka sehingga kini dan mereka maju. Tetapi orang Melayu tidak mengambil kisah bilamana bahasa dan tulisan jawi dilenyapkan daripada sistem pendidikan negara. Umno juga bertanggungjawab dalam isu penutupan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Sedangkan bangsa lain memperjuangkan sekolah mereka.

Isu yang sama juga berlaku ke atas Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah menjadi bangkai bernyawa dan tidak boleh membantu anak Melayu untuk menyambung pelajaran.

Orang bukan Melayu berani “kurang ajar” sebab pemimpin Umno tidak bersungguh menegakkan syariat Islam malah mempermainkannya seperti ucapan Dato’ Seri Nazri Tan Sri Aziz, Dato’ Seri Dr Rais Yatim dan Dato’ Seri Rafidah Aziz, ujarnya.

PAS perlu bergabung tenaga untuk menunjukkan protes terhadap kelemahan kerajaan BN/ Umno dalam menjaga Islam. Ahli-ahli PAS yang perlu mempertahankan Islam, ujarnya lagi.

Turut berucap ialah Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom. Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Md Yusoff Abd Wahab, Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Haji Khairullah Junid dan Bendahari Kawasan, Haji Maskuri Mardzuki. Ceramah tersebut juga telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai kira-kira lebih 1,000 orang telah menghadiri program ceramah tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com