Aqidah Sebagai Asas Utama Perjuangan
Sungai Gulang-gulang : Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama pe
rjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang kali ke-18 di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang, Tanjung Karang.
Dengan kata lain, katanya, Islam tidak menjadikan isu sebagai landasan utama kerana persoalan aqidah adalah bersifat menyeluruh. Perjuangan yang berasaskan isu akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid.

Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau semba

Peranan utama para rasul yang diutuskan Allah adalah mebawa petunjuk kepada hambaNya. Ia terdiri dari dua perkara penting yang saling perlu-memerlukan dan menyempurnakan di antara satu sama lain iaitu menyerus supaya beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Esa dan menyeru supaya menjauhi taghut, ujarnya lagi.

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran lain. Allah s.w.t menuntut agar agamaNya ini diletakkan mengatasi segala ajaran lain.
Seramai lebih 30 orang perwakilan telah menghadiri mesyuarat agung tersebut. Ustaz Ramli turut berkesempatan membuat cabutan bertuah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home