.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/01/2006

Penghinaan Terhadap Rasulullah Adalah Ujian Besar Bagi Umat Islam

Tanjung Karang : Pengkhianatan Barat terhadap Nabi Muhamad s.a.w adalah ujian besar bagi kita selain kejadian Tsunami, tanah runtuh, gempa bumi banjir selsema burong dan sebagainya, Kata Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom semasa berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Segala perkara ini, menurut Ustaz Ramli, perlu diambil pengajaran oleh Umat Islam sebagaimana Allah menyebut didalam al-quran, “Segala kerosakan di atas muka bumi adalah kerana tangan-tangan manusia sendiri”.

Musuh-musuh Islam semakin banyak menyerang Umat Islam, oleh itu Umat Islam perlu kerah tenaga untuk membangunkan gerakan Islam dan memperkuatkannya, ujarnya.

Malangnya OIC yang dipengeruskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya membisu sehingga ditegur oleh kerajaan Iran. Ini membuktikan Abdullah Badawi seorang yang lemah ditambah pula dengan isu-isu IFC, Pindaan perlembagaan dan undang-undang mahkamah syariah, ujarnya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau turut menyentuh mengenai kenaikan mendadak harga minyak sebanyak 30 sen seliter yang diumumkan kerajaan. Ini (akan) menyebabkan harga barangan lain juga akan meningkat terutama gas mentah. Dan yang semakin terbeban ialah rakyat luar bandar yang rata-ratanya adalah golongan yang miskin. Kenaikan harga minyak juga akan meningkatkan inflasi, ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru supaya orang ramai menghadiri demontrasi besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak di KLCC pada 3hb Mac 2006 selepas sembahyang jumaat.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena dengan perasmian Pejabat Pentadbiran DPP Kawasan. Turut berucap ialah Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub. Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Md Yusoff Abd Wahab, Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Haji Kahairullah Junid dan Bendahari PAS Kawasan, Haji Maskuri Mardzuki turut hadir di ceramah tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com