.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/14/2006

PAS Tanjung Karang adakan gotong-royong bantu mangsa ribut

Sungai Kajang : PAS Kawasan Tanjung Karang telah mengadakan gotong-royong membaiki rumah mangsa ribut di Lorong Melor, Sungai Kajang, Tanjung Karang. Bumbung rumah, Siti Khatijah Ramlan, 61, telah diterbangkan angin semasa ribut pada 7 Februari 2006 yang lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas waktu maghrib, semasa itu beliau sedang membaca al-quran dan tinggal berdua dengan anak perempuannya, tiba-tiba angin bertiup dengan kencang dan menerbangkan bumbung rumahnya.

Beliau yang tinggal bersama 4 orang anaknya merupakan ibu tunggal. Suaminya, Haji Hasbullah Karim, telah meninggal dunia 7 tahun yang lalu.

Beberapa bumbung rumah di kawasan yang berdekatan turut diterbangkan angin dalam kejadian tersebut. Rumah Siti Khatijah, merupakan yang paling teruk dalam kejadian tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kepada Allah diatas segala bantuan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan yang telah membantu membaiki bumbung rumahnya selepas beberapa hari kejadia tersebut berlaku.

Menurut Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, PAS Kawasan telah memberikan sumbangan kewangan kepada semua mangsa ribut tersebut, selain membantu membaiki rumah Siti Khatijah. PAS Kawasan, melalui Lajnah Kebajikan akan megumpulkan dana bagi membantu orang ramai di sekitar kawasan Tanjung Karang yang ditimpa bencana pada masa akan datang.

Selain itu, PAS Cawangan Tanjung Karang Pekan turut memberikan sumbangan kepada Siti Khatijah bagi meringankan beban mereka.

Gotong-royong turut disertai oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan dan Unit Amal Kawasan serta ahli-ahli PAS Kawasan Tanjung Karang dimulakan pada waktu pagi sehingga jam 1.00 tengahari.

Turut serta dalam gotong-royong tersebut selain YDP PAS Kawasan ialah Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Kawasan, Mohd Rosli Kamsani, Penyelaras Unit Amal Kawasan, Haji Baharuddin Kassim dan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan dan DPP Kawasan serta Unit Amal Kawasan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com