.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/04/2006

Ribuan rakyat bantah kenaikan harga minyak

Kuala Lumpur : Ribuan rakyat telah menyertai demontrasi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak RM0.30 sen seliter berkuatkuasa 28 Februari 2006 yang lalu, di hadapan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC). Demontrasi yang mulakan selepas sembahyang jumaat diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Demontrasi dimulakan dari Masjid As-Syakirin KLCC dan berakhir di Concorde Hotel berjalan dengan aman. Pemandu-pemandu sepanjang jalan telah memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing.


Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda (DPP) PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Lain-lain pimpinan yang berucap ialah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan wakil dari DAP, Ronie Leu.


Ustaz Nasharuddin berkata, PAS akan menganjurkan demontrasi yang lebih besar pada minggu hadapan jika harga minyak tidak diturunkan berkuat kuasa esok (sabtu).


Manakala Haji Mohamad Sabu, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, yang meminta supaya rakyat mengubah cara hidup dan berjimat. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno dan menteri-menteri hidup mewah.


Sejak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, menjadi Perdana Menteri, harga minyak telah dinaikkan sebanyak 6 kali. Kenaikkan harga minyak secara melampau adalah seperti menabur pasir di dalam periuk nasi rakyat, ujarnya lagi.

Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang turut menyertai demontrasi tersebut. Seramai 6 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan telah menyertai demontrasi tersebut dan diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin. Turut serta ialah Unit Amal Kawasan dan ahli-ahli PAS Kawasan Tanjung Karang.


Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Dr Zulkifli Ahmad, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan beberapa pimpinan DPP Pusat dan Negeri. Pimpinan Dewan Muslimat PAS (DMP) turut tidak ketinggalan menyertai demontrasi tersebut, antaranya AJK DMPP, Aiman Athirah, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua DMP Negeri Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan. Manakala daripada PKR ialah, Ustaz Dr Badrul Amin dan Abd Ghani Haron.


Ini merupakan demontrasi kedua yang berjaya dianjurkan oleh PAS. Sebelum ini PAS telah menganjurkan demontarasi membantah karikatur penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w oleh sbuah akbar di Denmark dan telah di ketuai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com