.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/13/2006

Rakyat terus bantah kenaikan harga minyak

Kuala Lumpur : Rakyat terus membantah kenaikan harga minyak sebanyak RM0.30 sen seperti yang diumumkan oleh kerajaan berkuatkuasa pada 28 Februari 2006 yang lepas. PAS sekali lagi telah mengetuai demontrasi aman bagi menyatakan ketidak puasan hati rakyat terhadap kenaikan bahan bakar tersebut.

Demontrasi yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Antara pemimpin PAS yang berucap selain Ustaz Nasharuddin ialah Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat (DMP) Pusat.

Manakala pemimpin lain yang berucap ialah Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Ibrahim Ali, DAP, Runnie Leu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Demontrasi aman tersebut yang dibuat selepas sembahyang jumaat telah berakhir dengan tindakan FRU menyemburkan gas pemedih mata bagi menyuraikan orang ramai yang sedang berarak ke Hotel Concorde.

DPP Kawasan Tanjung Karang tidak ketinggalan menyertai demontrasi tersebut yang diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan beberapa orang AJK DPP Kawasan.

Antara pemimpin yang hadir ialah, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Ustaz Idris Ahmad yang juga Timbalan Ketua DPP Pusat, Aiman Atirah, AJK DMP Pusat dan Ustazah Nuridah Salleh, AJK DMP Pusat.

Satu lagi demontrasi akan dianjurkan pada 26 Februari 2006 akan datang yang dianjurkan oleh MTUC, juga bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga petrol tersebut di KLCC.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com