.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/22/2006

Umat Islam tidak boleh lari dari medan jihad

Sawah Sempadan : Allah mewajibkan kita berperang (jika terpaksa) walaupun kamu benci akan perang. Perjuangan Islam (juga) tidak bermusim tetapi perlu (diperjuangkan) sepanjang masa, kata Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Zin Abd Rahman semasa berucap dalam perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan Raden Putih, Cawangan Raden Mas Block N dan Cawangan Tali Air 2 Block D.

Jangan hanya mewariskan harta kepada anak-anak tetapi kefahaman dan perjuangan Islam perlu diwariskan kepada mereka. Tugas besar (umat Islam) ialah menyeru anak dan isteri menyertai perjuangan Islam, katanya.

Anak-anak yang berjaya dibidang ekonomi, memiliki kerjaya yang baik, berpendapatan tinggi perlu infaqkan sebahagian kewangan (mereka) untuk perjuangan Islam. Kemiskinan, kekurangan harta dan kewangan bukan alasan untuk tinggalkan perjuangan Islam, kesabaran adalah penawar (untuk) menghadapi sebarang ujian dan dugaan, katanya lagi.

Jangan sedih dan kesal menyertai PAS yang memperjuangkan Islam kerana nilainya amat besar di sisi Allah taala. Ujian dan cabaran kebendaan jika tidak ditangani dengan tarbiyah dan keimanan boleh menghanyutkan pendokong Islam.

Beliau yang juga Bendahari Dewan Ulama’ PAS Pusat juga berkata, Allah S.W.T akan memberikan keberkatan kepada pendokong perjuangan Islam. Hidupkan (secara) berdikari nescaya Allah akan memberi jalan dan diberikan ilmu serta kemahiran secara yang tidak disedari.

Walau badai melanda ahli PAS perlu beristiqamah dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam, katanya mengakhiri ucapan tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com