Ahli PAS perlu bekerja keras untuk menang Pilihanraya akan datang – Ustaz Hassan Shukri
Tanjung Karang : Tangungjawab (untuk) melaksanakan hukum Isla
m adalah kerajaan. Umno takut rakyat faham Islam kerana bimbang akan menggugat mereka. (Oleh itu) mereka akan menghalang kuliah di masjid dan surau, kata Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Haji Hassan Shukri, sewaktu berucap di dalam perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjung Karang Kali ke-43 di Kompleks PAS Sungai Burong (KOMPAS), menggantikan Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, menyeru supaya setiap ahli PAS tidak hidup terkongkong, kerana amalan Islam amat luas menurut empat mazhab Imam yang empat iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali.
Tugas ahli PAS, menurutnya, (adalah untuk) memberi kefahaman pada rakyat tentang hakikat kebenaran Islam supaya memberi sokongan untuk memenangkan Islam. Pemuda dan Muslimat perlu bekerja keras untuk kenguatkan parti. Dan mengelak daripada budaya takut sehingga enggan mendengar ceramah PAS.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, perlu ditawan semula dan jangan mengundur diri terlalu lama serta hidupkan program-program parti. PAS adalah pertubuhan berdaftar oleh itu jangan bimbang untuk menggiatkan aktiviti parti, ujarnya lagi.
Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan serta Perwakilan Cawangan-Cawangan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home