Pemuda Tanjung Karang tuan rumah HIMPAS ’06
Tanjung Karang : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang dipilih s
ebagai tuan rumah Himpunan Pemuda PAS (HIMPAS) Negeri Selangor 2006 dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Selangor pada 3 Disember 2006 akan datang yang akan diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).
Program tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang. Program tersebut merupakan Pra Himpunan 15,000 pemuda PAS Malaysia yang akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 23& 24 Disember 2006 akan datang.
Program
yang akan berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 3.30 petang akan
melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Kerja (EXCO) DPP Negeri Selangor, EXCO DPP Kawasan-kawasan dan 5 orang pemuda PAS setiap cawangan dalam negeri selangor. Dijangka lebih 2,000 pemuda PAS seluruh Selangor akan menghadiri program tersebut.
Naib-Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor akan turut hadir memberikan ucapan pada hari tersebut.
Jawatankuasa Pelaksana program juga membuka peluang kepada orang ramai untuk membuat aqiqah untuk program tersebut dengan RM300.00 setiap bahagian. Bagi yang berminat sila hubungi Bendahari DPPNS, Muzamil (013-3992867) atau Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah (013-3707271).

Program tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang. Program tersebut merupakan Pra Himpunan 15,000 pemuda PAS Malaysia yang akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 23& 24 Disember 2006 akan datang.
Program


Naib-Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor akan turut hadir memberikan ucapan pada hari tersebut.
Jawatankuasa Pelaksana program juga membuka peluang kepada orang ramai untuk membuat aqiqah untuk program tersebut dengan RM300.00 setiap bahagian. Bagi yang berminat sila hubungi Bendahari DPPNS, Muzamil (013-3992867) atau Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah (013-3707271).
0 Comments:
Post a Comment
<< Home