.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/19/2006

PAS tidak menyokong Dr Mahathir

Tanjung Karang : PAS bukan menyokong Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi hanya menyokong isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir yang melibatkan rakyat, Kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar, sewaktu berceramah di Padang Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Dr Mahathir juga berkata Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pembohong apabila menafikan anak-anaknya menerima projek dari kerajaan. Anaknya, Kamaluddin, melalui syarikat Scomi telah mendapat keuntungan RM1 juta lebih daripada projek Kerajaan, katanya yang juga Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Kemarahan rakyat kepada Dr Mahathir berlaku setelah 6 tahun Dr Mahathir menjadi PM melalui krisis yang berlaku dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan akhirnya menlahirkan Parti Semangat 46.

Kemarahan rakyat mula memuncak setelah 20 tahun Dr Mahathir menjadi PM dengan pemecatan Bekas Timbalan PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Tetapi orang mempersoalkan kepimpinan Pak Lah hanya baru 2 tahun memerintah.

PAS tidak akan melupakan apa yang telah dilakukan oleh Dr Mahathir selamat 22 tahun menjadi PM, Sayalah antara mangsa yang paling tidak dapat melupakan perbuatan Dr Mahathir ketika beliau berkuasa. Surat penahanan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kejam dan barbaric ditandatangani oleh Dr Mahathir sendiri dan saya masih menyimpan surat itu, katanya lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com