.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/19/2006

Sukaneka PASTI Tanjung Karang meriah


Tanjung Karang : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjung Karang telah berjaya mengadakan Hari Sukaneka PASTI kali pertama bertempat di Padang Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Seramai 100 orang pelajar PASTI lelaki dan perempuan dari 10 buah PASTI telah menyertai sukaneka tersebut. Pelajar-pelejar tersebut telah dibahagikan kepada 5 kumpulan rumah sukan iaitu, Merah, Biru, Kuning, Hijau dan Oren.

Sebanyak 5 permainan telah dipertandingan iaitu Lari bawa bola, Aiskrim gergasi, Isi air dalam botol, Junjung pundi dan lari kutip bola. Turut diadakan ialah pertandingan mewarna kategori terbuka untuk 5 dan 6 tahun.

Juara keseluruhan sukaneka tersebut telah dimenangi oleh rumah merah manakala rumah kuning jatuh tempat kedua.

Selain itu acara untuk ibubapa pelajar PASTI dan guru-guru PASTI juga turut disediakan. Untuk acara bapa pertandingan boling padang, manakala acara ibu ialah baling ping pong dan acara bagi guru-guru PASTI pula ialah sampul misteri.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yusof, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Ustaz Kassim Kayat, yang juga Pengerusi KOMPAS.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom dan telah mendapat sambutan dari ibubapa pelajar PASTI dan orang ramai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com