.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/01/2006

Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005 gagal

Sungai Gulang-gulang : Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, tidak meletakkan Islam sebagai agenda, kata Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir, sewaktu berceramah di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang sempena dengan Gema Malam Kemerdekaan anjuran Dewan Pemuda (DPP) Kawasan Tanjung Karang.

Semasa beliau mula-mula dilantik sebagai Menteri Besar (MB), Pejabat Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan buku yang bertajuk ”Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005” , katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kelana Jaya, berkata, Di dalam buku berkenaan disebut ”Selangor akan melahirkan masyarakat Madani yang di dalamnya dipenuhi dengan masyarakat Rabbani. tetapi selepas pilihanraya tahun 2004 tidak kedengaran lagi Wawasan Syumul 2005 yang tinggal hanya Selangor Maju 2005.

Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor dengan kuasa yang ada gagal membendung maksiat yang banyak berlaku di negeri ini. Di Selangor juga terdapat 2 kilang arak yang terbesar di negara ini, katanya lagi.

Menyentuh mengenai kepimpinan antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kelantan dan Selangor juga jauh berbeza. Di Negeri Kelantan EXCO Kerajaan negeri ada seorang Peguam, Haji Takiyuddin Hasan, seorang bekas Penyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Haji Zulkifli Mamat, Doktor perubatan, Dr Nik Mazian, lulusan Ekonomi, Dato’ Husam Musa dan sebagainya. Tetapi di Negeri Selangor ada EXCO yang mempunyai Doktor Kehormat (Dr) yang dianugerahkan ijazah tanpa belajar dahulu.

Turut berceramah ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Rosli Yaakub. YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Mohd Yusof Abd Wahab, Ketua Urusan Ulama’, Ustaz Khairullah Junid dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, turut hadir dalam ceramah tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com