.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

9/01/2006

Tiga pimpinan dianugerah Tokoh Veteran PAS Kawasan

Sungai Gulang-Gulang : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan veteran PAS Kawasan. Sempena dengan Ceramah Gema Malam Kemerdekaan di Markaz PAS Sungai Gulang-gulang, DPP Kawasan telah menganugerahkan Tokoh Veteran PAS Kawasan tahun 2006 kepada pimpinan dan bekas pimpinan PAS Kawasan Tanjung Karang.

Seramai tiga orang tokoh telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Tokoh pertama adalah, Haji Ajmain Rahmat, 65, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Raja Musa.

Manakala tokoh kedua adalah bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Selangor, Haji Miskon Misani, 57, yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Terap.

Manakala Naib Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjung Karang, Ustazah Hajjah Sabariah Hashim merupakan pimpinan muslimat tunggal yang menerima anugerah daripada DPP Kawasan. Beliau yang kini berusia 69 tahun juga adalah bekas Pemangku Ketua DMP Kawasan dan merupakan adik kepada bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Allahyarham Ustaz Ismail Hashim.

Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Rosli Yaakub dengan diiringi Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad.

Ini adalah kali kedua DPP Kawasan memberikan anugerah bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh meraka. Tahun lepas DPP Kawasan turut memberikan anugerah yang sama kepada beberapa tokoh veteran PAS Kawasan Tanjung Karang juga bersempana dengan ceramah Gema Malam Kemerdekaan.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr Rosli Yaakub dan Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir. Ceramah dimulakan dengan persembahan nasyid daripada pelajar Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10, Tanjung Karang dan persembahan dari Ahmad Dhuat.

Turut hadir ialah Naib YDP PAS Kawasan, Dr Mohd Yusof Abd Wahab dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com