Hormati kedatangan bulan Ramadhan
Tanjung Karang : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, berkata, menjelang bulan Ramadhan (Umat Islam) perlu mengadakan ceramah-ceramah dan meng
hormati kedatangan bulan Ramdhan. Umat Islam akan mudah menyeleweng sekiranya melanggar perintah agama.
Dan orang-orang yang sesat, katanya, akan tinggal di dalam neraka untuk selama-lamanya. Manakala orang-orang Yahudi dan Nasrani akan sentiasa menyesatkan Umat Islam seperti yang disebut di dalam Al-Quran :
”Orang-orang Yahudi tidak akan redha kepada kamu (Umat Islam) sehingga kamu mengikut agamanya”
Justeru itu, beliau menyeru supaya Umat Islam berpegang teguh dengan ajaran agama dan berjuang bersama-sama dengan PAS, katanya.
Beri sokongan kepada PAS untuk membanteras gejala sosial yang semakin banyak melanda di dalam negara ini, katanya lagi yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan kata-kata aluan sempena dengan Ceramah Isu Semasa yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom.
Ceramah tersebut telah dianjurkan oleh DPP Kawasan sempena dengan Hari sukaneka dan Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjung Karang yang diadakan pada waktu siang di KOMPAS.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home