.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

10/20/2006

Al-Quran diturunkan sebagai reformasi kepada manusia

Sungai Sireh : Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin berkata, tujuan Al-Quran diturunkan kepada manusia adalah untuk melakukan reformasi seperti Aqidah, Akhlak, Syariat, Ibadah, Politik dan jihad.

Setiap manusia bergerak berdasarkan kepada keyakinan sesorang. Al-quran satu keyakinan yang unik dan tersendiri iaitu segala-galanya adalah darpada Allah.

Contohnya ialah Umat Islam berhari raya menurut apa yang diperintahkan oleh Allah bukan dengan cara tari-menari dan sebagainya. Jika Aqidah rosak semuanya tidak akan diterima (oleh Allah), katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor berkata, Reformasi Ibadah pula ialah seperti bagaimana hendak menunaikan sembahyang, menunakan haji dan umrah. Begitu juga bagaimana hendak mendirikan rumah tangga dan sebagainya.

Manakala reformasi disudut Syariat pula ialah membetulkan undang-undang jahiliyah kepada undang-undang Islam. Iaitu undang-undang yang boleh dilaksanakan mengikut syariat.

Bila kita kata tidak mahu melaksanakan syariat Islam bermakna kita tidak beriman kepada Allah. Al-quran datang untuk membetulkan syariat-syariat ini sampai qiamat.

Reformasi Akhlak pula, kata beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, adalah akhlak yang terbaik ialah akhak Islam. Sebagaimana akhlak Nabi Muhamad s.a.w yang berdasarkan kepada Al-quran dalam kehidupan seharian.

Reformasi politik pula ialah memilih pemimpin yang tidak mahu kepada Islam kepada pemimpin yang mahu kepada Islam. Diakhirat Allah akan memanggil seseorang berdasarkan kepada pemimpin yang diikuti semasa (di dunia) seperti Firaun dan sebagainya.

Begitu juga dengan politik wang, jika seseorang pemimpin menang di dalam pilihanraya dengan cara tipu daya seperti dengan membawa pengundi hantu, menggunakan wang dan sebagainya jika ia menang, pemimpin tersebut akan menerima elaun tersebut ia dikira haram.

Umat Islam juga perlu melakukan reformasi jihad, kita harus bersedia untuk berjihad jika tida bersedia kita akan menjadi mangsa yang malang pada masa akan datang seperti Sudan yang sedang menunggu masa untuk diserang oleh Amerika.

Di Afghanistan setiap hari tentera Amerika yg diperkuda oleh Yahudi telah membunuh orang-orang Islam seramai 40 orang kerana mereka menggunakan senjata yang lengkap. Presiden Bush telah menyebabkan seluruh dunia tidak aman di Iraq sahaja lebih 655,000 orang telah meninggal dunia. Selain itu orang-orang Yahudi juga telah membunuh Umat Islam di Palestin, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ceramah nuzul quran Anjuran PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh di rumah Haji Hamid. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil pada waktu petang diikuti dengan majlis berbuka puasa. Ceramah pula diadakan selepas sembahyang terawih yang diimamkan oleh Ustaz Abd Ghani sendiri.

Turut hadir ialah YDP Kawasan, Ustaz Musa Mohamad. Program yang merupakan acara tahunan bagi cawangan tersbeut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

1 Comments:

At Friday, May 25, 2012 2:29:00 PM, Anonymous insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

 

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com