.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

10/20/2006

Pemimpin Umno berpura-pura untuk melaksanakan Islam

Sungai Sireh : Masjid sepatutnya menjadi tempat untuk menyebarkan Islam tetapi menjadi malap. Tazkirah tidak dibenarkan (diadakan di dalam Masjid) dalam bulan Ramadhan, Jawatankuasa Masjid pula telah dirampas oleh orang-orang Umno, kata Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, juga kesal kerana orang-orang yang mempunyai kelulusan tidak dibenarkan mengajar di dalam masjid-masjid tetapi orang-orang yang tidak mempunyai kelulusan atau tidak lulus pengajian diberi peluang mengajar di masjid.

Beliau turut mengulas beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin Umno mengenai Islam, seperti kenyataan Menteri Pendidikan, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, yang berkata, sesuatu yang tidak boleh diterima ialah politik dikaitkan dengan Islam.

Dengan kata lain politik tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Yang peliknya Umno telah mewujudkan Islam Hadhari ini satu kekacauan pemikiran dalam pemimpin Umno. Kerana ada segolongan yang hendak Islam melalui Islam Hadhari, walaupun bukan Islam hakiki, tetapi satu lagi golongan tidak mahu kepada Islam, katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang.

Manakala seorang lagi menteri iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Seri Rais Yatim, yang satu ketika dulu berkata telah membakar jambatan untuk menyertai Umno tetapi sekarang telah menyertai semula Umno berkata, tidak ada yang boleh mendakwa Islam adalah agama yang benar sebab agama lain juga mengatakan mereka benar.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ceramah nuzul quran Anjuran PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh di rumah Haji Hamid. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil pada waktu petang diikuti dengan majlis berbuka puasa. Ceramah pula diadakan selepas sembahyang terawih yang diimamkan oleh Ustaz Abd Ghani sendiri.

Turut hadir ialah YDP Kawasan, Ustaz Musa Mohamad. Program yang merupakan acara tahunan bagi cawangan tersbeut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com