.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/14/2007

Rakyat menderita di Negara sendiri – Ustazah Azizah

Tanjung Karang : Rakyat di dalam Negara ini menderita dibumi sendiri, contohnya sebagaimana yang berlaku di perkampungan setingga Rimba Jaya Shah Alam yang telah dirobohkan rumah mereka oleh pihak kerajaan negeri Selangor. Sebelumnya turut menerima nasib yang sama ialah penduduk setinggan di Kampung Berembang, Ampang dan Gombak, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat, sewaktu berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) yang bertajuk "Derita Rakyat Derita Kita"

Selain itu, menurutnya, rakyat turut menderita dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Punca kepada segala kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak, katanya.

Beliau yang juga Ketua DMP Negeri Pahang menyeru supaya rakyat mencari pemerintahan yang betul-betul adil dan tidak menzalimi rakyat sepertimana yang berlaku sekarang.

Dibawah kerajaan yang ada sekarang juga, berbagai keruntuhan moral semakin menjadi-jadi bukan sahaja dikalangan orang-orang muda bahkan orang-orang tua. Semua masalah yang berlaku ini adalah dikalangan orang-orang Melayu sendiri seperti Mat dan Minah rempit, katanya yang juga Pengetua Sekolah Persendirian, Maahad Darul Hijrah, Pahang.

Contohnya sepertimana di Bukit Bintang yang menjadi pusat pelacuran tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil, Polis ada tetapi hanya melihat sahaja apa yang berlaku tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.

Menjadi tugas kita sebagai orang Islam untuk menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran tanpa mengira muslimin ataupun muslimat, katanya lagi.

Turut berucap ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ceramah tersebut adalah anjuran bersama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Karang. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad dan Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Sabariah Hashim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com