.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/05/2007

Hijjaz dan Syifa’ adakan persembahan di Tanjung Karang

Tanjung Karang : Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10 dengan kerjasama Hijjaz Biotech Industry (HBI) Sdn Bhd telah menganjurkan Konsert Hijjaz dan Forum Bicara Sihat di Perkarangan Masjid Jamiul Hasanat.

Konsert yang julung-julung kalinya diadakan di perkarangan masjid tersebut turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Syifa’. Walaupun Hujan turun renyai-renyai diawal persembahan kumpulan Syifa’, tetapi orang ramai tidak berganjak untuk mendengar persembahan mereka.

Forum bicara sihat yang bertajuk “Sudah Tehantuk Baru Ternadah” telah membariskan dua orang ahli panel iaitu Dr Rosli Senapi, Penasihat dan Pembangunan Produk HBI dan Ustaz Zul Ramli, Pakar motivasi dan penceramah bebas.

Hijjaz dan Syifa’ telah menyampaikan dua buah lagu sebelum forum bicara sihat manakala selepas forum masing-masing mempersembahkan sebanyak dua buah lagu lagi. Selain itu Hijjaz Biotech turut mengadakan rawatan perubatan percuma sejak jam 5.00 petang sehingga malam.

Konsert tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mencari dana bagi tabung pembangunan Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat. Untuk memberi sebarang sumbangan untuk tujuan pembangunan Maahad tersebut bolehlah disumbangkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, no akaun 12083020025246. Manakala Hijjaz Biotech turut memperkenalkan produk kesihatan mereka iaitu susu igg.

Web tv8 turut membuat rakaman penuh sepanjang konsert tersebut dan orang ramai boleh melihat persembahan nasyid serta forum tersebut melalui url
http://wtv8.tv/v1.

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Timbalan YDP, Ustaz Abd Ghani Shamsudin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com