.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/05/2007

PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah berjaya mengadakan mesyuarat agung kali ke-8

Tanjung Karang : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 di Bilik Gerakan PAS Cawangan, Lorong Menanti, dan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Mat Hasbullah Sudin.

Di dalam ucapannya beliau menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS supaya meneruskan perjuangan untuk menegakkan Islam. Ahli-ahli PAS juga hendaklah membawa anak-anak untuk menghadiri program-program PAS supaya mereka memahami perjuangan.

Mesyuarat Agung kali ini juga, PAS Cawangan Batu 9 Kg. Tengah mengekalkan beberapa jawatan utama iaitu Ketua, Ghazali Asari, Naib Ketua, Haji Tasuki Akat, Ketua Jawatankuasa Pemuda, Mohd Sofian Mohd Khalil dan Ketua Jawatankuasa Muslimat, Siti Insiah Tahir.

Sementara itu PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh dan PAS Cawangan Ban 2 Sungai Sireh juga telah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan sehari sebelumnya di rumah Haji Hamid dan telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan.

Manakala di dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ban 3 Parit 1, menyaksikan tiga jawatan utama mengalami perubahan iaitu Ketua Cawangan, Ustaz Sugiman Katimun, Naib Ketua, Baharum Saad dan Ketua Jawatankuasa Pemuda, Mohamad Abd Majid. Ketua Jawatankuasa Muslimat pula kekal seperti sebelumnya, Hajjah Salimah Sukaimi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com