.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/14/2007

Umno suka rakyat hidup dalam kemiskinan

Tanjung Karang : Kawasan setinggan ramai dihuni oleh penyokong-penyokong Umno tetapi bila perkampungan mereka dirobohkan seorang pun pemimpin Umno tidak melawat mereka termasuklah Ketua Umno Cawangan juga turut melarikan diri, Kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sewaktu berceramah Derita Rakyat Derita Kita di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

Bila perkampungan mereka dirobohkan pimpinan dan penyokong PAS serta KeADILan lah yang banyak membantu mereka, tetapi masa pilihanraya PAS dihalau dari perkampungan setinggan tersebut, katanya.

Sedangkan, ujarnya, Pemimpin-pemimpin Umnolah yang menjadikan mereka hina dibumi sendiri. Umno memang suka rakyat miskin sebab semakin mereka miskin semakin kuat mereka bergantung kepada kerajaan dan boleh digunakan oleh Umno.

Yayasan Basmi Kemiskian (YBK) hanyalah pembohongan yang dibuat oleh kerajaan, hakikat sebenarnya adalah, mereka suka sekiranya rakyat miskin, sebab mereka boleh digunakan dalam Pilihanraya nanti. Jika sekiranya rakyat kaya rakyat tidak hairan dengan mereka, katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat.

Ini berbeza dengan PAS, katanya, semasa PAS memerintah Terengganu kadar kemiskinan rakyat Terengganu jatuh tempat ketiga berbanding semasa Umno memerintah iaitu kadar kemiskinan negeri Terengganu berada ditempat kedua sedangkan Terengganu negeri yang kaya dengan hasil minyak.
Cara PAS menurunkan kadar kemiskinan di Terengganu ialah dengan cara menaikkan bantuan kepada rakyat yang miskin seperti zakat dan sebagainya. Kerajaan Terengganu juga telah menganugerahkan tanah kepada mereka yang tidak mempunyak tanah untuk dijadikan tempat kediaman.

Manakala di Kelantan, Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM3 juta untuk memberikan perlindungan insuran kepada rakyat yang berumur 60 tahun keatas tanpa mengira fahaman politik, katanya lagi.

Tetapi di Selangor yang mengisytiharkan sebagai negeri maju rakyat dihalau dengan hina, dihalau dengan anjing dipukul dengan cota dan sebagainya. Dalam masa yang sama kerajaan membina rumah untuk setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Selangor di Shah Alam yang bernilai hamper RM1 juta setiap satu.

Manakala pemimpin Umno yang lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Dato’ Zakaria Md Derus, membina Istana di Kampung Idaman yang bernilai jutaan ringgit, katanya kesal.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Pusat, Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat. Ceramah yang dianjurkan bersama oleh DPP dan DMP Kawasan Tanjung Karang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai turut berucap ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad dan Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Sabariah Hashim

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com