.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

10/23/2005

Orang Melayu tidak sensitif Masalah dalam Negara – Haji Mohamad Sabu

Tanjung Karang : Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak sensitif dengan apa yang berlaku didalam negara. Akhir-akhir ini banyak penyelewengan yang berlaku di dalam kerajaan telah didedahkan sendiri oleh orang dalam kerajaan, seperti Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Perdana di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, sempena dengan program Iftar Perdana sempena dengan Nuzul Quran.

Menurutnya, jika di negara lain rakyat akan bangun beramai-ramai menuntut di adakan semula Pilihanraya supaya rakyat dapat menilai semula prestasi kerajaan. Bangsa lain telah mengambil apa yang telah diajar oleh Islam seperti perasaan sensitif, rajin tegas dan sebagainya.

Mengapa umat Islam lalai dan tidak berani serta tidak sensitif tehadap apa yang berlaku di dalam negara?. Allah s.w.t telah menyebut Umat Islam adalah umat terbaik tapi mengapa bangsa Melayu (menjadi) juara segala jenayah, Kerana (umat Islam) tidak ada prinsip amar maaruf dan nahi mungkar serta meninggalkan prinsip aqidah Islam, ujarnya kesal.

Beliau juga menyeru ahli-ahli PAS supaya meneruskan perjuangan sehingga Islam mencapai kejayaan. PAS (juga) perlu melahirkan pemimpin yang mahu menyeru kepada jihad serta melahirkan petugas-petugas amilin untuk gerak kerja perjuangan Islam, Ujarnya lagi yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Harun Taib. Forum yang julung-julung kalinya diadakan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, seramai lebih 2,000 orang telah hadir mendengar forum tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com