Pemuda Anjung Utara selesai adakan Konvensyen
Sawah
Sempadan : Konvensyen Pemuda Anjung Utara telah berlangsung selama 2 hari, pada hari sabtu dan ahad yang lalu, di salah sebuah dewan di Sawah Sempadan yang melibatkan seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan dalam Anjung Utara.

Konvensyen dimulakan dengan munaqasah ucapan tema Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub, semasa Muktamar DPP Pusat yang lepas di Kedah. Setiausaha DPPP Pusat, Ahmad Sabky Yusof, telah mengulas ucapan tema tersebut.

Program seterusnya ialah bengkel Pemuda Anjung Utara sebaik sahaja selesai ulasan ucapan tema Ketua DPP Pusat, yang melibatkan 6 Lajnah, iaitu Politik & Organisasi, Tarbiyyah & Kepimpinan, Penerangan & Dakwah, Teknologi Maklumat (IT), Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS) dan Kebajikan & Kemasyarakatan.
Program disambung pada hari ahad dan dimulakan dengan program qiamullail dan sembahyang subuh diimamkan oleh Ustaz Jamsari Marsom. Manakala kuliah subuh pula telah dipimpin oleh, Ustaz Suparman Sadikan.
Pembentang

Ustaz Suparman Sadikan pula telah membenta

Anjung Utara adalah melibatkan 4 Kawasan dalam Negeri Selangor iaitu Kawasan Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home