.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

7/29/2006

Ribuan rakyat sertai demontrasi yang dianjurkan oleh PAS

Kuala Lumpur : Demontrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kejam rejim Israel yang telah melancarkan serangan keatas Palestin dan Lubnan sempena dengan ketibaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, sempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-39 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Demontrasi yang dimulakan dari Masjid Kampong Baru sebaik sahaja selepas sembahyang jumaat telah dianjurkan oleh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (Ngo’s). Seramai lebih 5,000 umat Islam telah diketuai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hujan yang turun dengan lebat semasa perarakan sedang berjalan dari masjid kampong baru ke KLCC tidak menghalang orang ramai dari terus menyertai demontrasi tersebut.

Semasa di KLCC, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa serta Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor, telah berkesempatan menghantar memorandom bantahan kepada Condoleezza Rice.

Sementara itu di luar KLCC, beberapa pimpinan PAS telah berucap dan mengecam tindakan tidak bertamadun Israel yang telah mendapat sokongan dari Presiden Amerika Syarikat, George Bush. Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Naib Presidan PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda (DPP) PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (AJK), Dr Syed Azman Syed Ahmad, yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Demontrasi diteruskan dalam keadaan hujan ke Kedutaan Amerika bagi menyerahkan memorandom yang sama kepada pihak Amerika. Memorandom tersebut juga telah diserahkan oleh, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, dan diserahkan

Demontrasi bersurai pada jam 5.00 petang di hadapan kedutaan Amerika setelah ucapan Presiden TERAS, Haji Azmi Abd Hamid, Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor dan di akhiri dengan ucapan dan bacaan doa oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

Diantara pimpinan-pimpinan PAS yang menyertai demontrasi terebut ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang, AJK PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Zulkifli Ahmad, Haji Mahfuz Omar dan Mohd Hanipa Maidin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com