Jadikan kemenangan HAMAS sebagai pemangkin kepada perjuangan PAS
Tanjung Karang : Jadikan kemenangan Parti Islam HAMAS di Palestin d
i dalam pilihanraya Palestin sebagai pemangkin semangat perjuangan PAS di Malaysia, kata Ustaz Jamsari Marsom, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia sewaktu memberikan kuliah mingguan Deenul Islam di Kompleks PAS Sungai Burong (KOMPAS).

Menurutnya, Cadangan supaya Akta 121(1A) dikaji semula akan melenyapkan undang-undang syariah. Ini (adalah) peluang PAS untuk (mengajak) rakyat kembali kepada Al-Quran dan Hadith, ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Sabak Bernam berkata, Sebahagian mufti dan Ulama’ kerajaan kurang kelayakan mengakibatkan fatwa (yang dibuat) menjadi huru-hara dan tunduk kepada gerakan wanita yang anti-Islam.
Sempena mengambil semangat korban dan hijrah juga, beliau meminta supaya meluaskan konteks agihan daging korban dari dalam negeri ke luar Negara seperti Pakistan, Afghanistan dan sebagainya, selain menumpukan program kebajikan kepada ahli-ahli PAS daripada memberikan bantuan kepada kepada ahli Umno yang tidak mahu berubah.
Selain itu beliau juga menyeru supaya PAS Kawasan Tanjung Karang yang penuh dengan pengalaman supaya menggerakkan kembali ahli-ahli yang “tidur” disamping mentarbiyyah ahli keluarga supaya menyokong (perjuangan) Islam.
Kuliah mingguan tersebut yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan Pendidikan DPP Kawasan Tanjung Karang dengan kerjasama KOMPAS telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Haji Musa Mohamad, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan pimpinan PAS Kawasan dan DPP Kawasan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home