.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

7/29/2006

Ribuan rakyat sertai demontrasi yang dianjurkan oleh PAS

Kuala Lumpur : Demontrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kejam rejim Israel yang telah melancarkan serangan keatas Palestin dan Lubnan sempena dengan ketibaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, sempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-39 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Demontrasi yang dimulakan dari Masjid Kampong Baru sebaik sahaja selepas sembahyang jumaat telah dianjurkan oleh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (Ngo’s). Seramai lebih 5,000 umat Islam telah diketuai oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Hujan yang turun dengan lebat semasa perarakan sedang berjalan dari masjid kampong baru ke KLCC tidak menghalang orang ramai dari terus menyertai demontrasi tersebut.

Semasa di KLCC, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa serta Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor, telah berkesempatan menghantar memorandom bantahan kepada Condoleezza Rice.

Sementara itu di luar KLCC, beberapa pimpinan PAS telah berucap dan mengecam tindakan tidak bertamadun Israel yang telah mendapat sokongan dari Presiden Amerika Syarikat, George Bush. Antara pimpinan PAS yang berucap ialah Naib Presidan PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda (DPP) PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (AJK), Dr Syed Azman Syed Ahmad, yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Demontrasi diteruskan dalam keadaan hujan ke Kedutaan Amerika bagi menyerahkan memorandom yang sama kepada pihak Amerika. Memorandom tersebut juga telah diserahkan oleh, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, dan diserahkan

Demontrasi bersurai pada jam 5.00 petang di hadapan kedutaan Amerika setelah ucapan Presiden TERAS, Haji Azmi Abd Hamid, Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor dan di akhiri dengan ucapan dan bacaan doa oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

Diantara pimpinan-pimpinan PAS yang menyertai demontrasi terebut ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang, AJK PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Zulkifli Ahmad, Haji Mahfuz Omar dan Mohd Hanipa Maidin.

7/11/2006

Tanjung Karang dapat tempat pertama dalam 3 acara Jambori Amal Negeri

Hulu Selangor : Unit Amal Kawasan Tanjung Karang memenangi 3 acara dalam Jambori Unit Amal peringkat Negeri Selangor di Desa Selesa, Hulu Selangor yang diadakan pada 7 – 9 hb Julai 2006 yang lalu.

Acara yang mendapat tempat pertama ialah membuat dan menjalankan rakit, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Unit Amal Kawasan Hulu Selangor dan Sepang.

Acara seterusnya ialah, Hafazan dan azan yang diwakili oleh adik Huzaifah Mohd Noor dari Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah Batu 10, Tanjung Karang.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom dan Pengarah Unit Amal Selangor, Haji Aszmi.

Antara Ahli Jawatankuasa Kawasan (AJK) yang menyertai Jambori tersebut ialah, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Nor Azlan Ahmad (Timbalan), Abd Malek Abd Majid (Naib). Manakala AJK Unit Amal Kawasan di wakili ialah Penyelaras Unit Amal Kawasan, Haji Baharuddin Kassim, Mohd Ramdzan Roslan (Timbalan Penyelaras) dan Ahmad Arbian (AJK)

7/04/2006

Pemuda Anjung Utara selesai adakan Konvensyen

Sawah Sempadan : Konvensyen Pemuda Anjung Utara telah berlangsung selama 2 hari, pada hari sabtu dan ahad yang lalu, di salah sebuah dewan di Sawah Sempadan yang melibatkan seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan dalam Anjung Utara.

Konvensyen dimulakan dengan munaqasah ucapan tema Ketua DPP Pusat, Salahuddin Ayub, semasa Muktamar DPP Pusat yang lepas di Kedah. Setiausaha DPPP Pusat, Ahmad Sabky Yusof, telah mengulas ucapan tema tersebut.

Program seterusnya ialah bengkel Pemuda Anjung Utara sebaik sahaja selesai ulasan ucapan tema Ketua DPP Pusat, yang melibatkan 6 Lajnah, iaitu Politik & Organisasi, Tarbiyyah & Kepimpinan, Penerangan & Dakwah, Teknologi Maklumat (IT), Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS) dan Kebajikan & Kemasyarakatan.

Program disambung pada hari ahad dan dimulakan dengan program qiamullail dan sembahyang subuh diimamkan oleh Ustaz Jamsari Marsom. Manakala kuliah subuh pula telah dipimpin oleh, Ustaz Suparman Sadikan.

Pembentangan bengkel dan sesi soal jawab pada jam 8.00 pagi, telah dimulakan dengan Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan oleh Japri Kaliwon, kemudian Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) oleh Ustaz Ahmad Fauzan. Manakala Lajnah Teknologi Maklumat (IT) oleh Mohd Faizal Mohd Barja, Lajnah Penerangan dan Dakwah oleh Abd Malek Abd Majid.

Ustaz Suparman Sadikan pula telah membentangkan hasil bengkel Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan dan Ustaz Jamsari Marsom, Lajnah Politik dan Organisasi. Program telah berakhir pada jam 10.00 pagi.

Anjung Utara adalah melibatkan 4 Kawasan dalam Negeri Selangor iaitu Kawasan Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com