.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

3/20/2007

Motivasi guru-guru PASTI Anjung Utara

Sawah Sempadan : Kursus motivasi guru-guru PASTI Anjung Utara telah diadakan di sebuah dewan orang ramai di sawah sempadan. Program tersebut yang buat pertama kalinya diadakan bertujuan untuk meningkat motivasi guru-guru bagi mendidik pelajar-pelajar.

Kerta kerja pertama yang bertajuk ”Peranan guru-guru di dalam masyarakat” telah dibentangkan oleh Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat. Pada sebelah pagi. Manakala sesi soal jawab telah diadakan selepas itu.

Manakala kertas kerja kedua pula telah dibentangkan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Haji Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang bertajuk ”Profesionalisme sebagai seorang guru PASTI”, sesi soal jawab turut diadakan selepas itu.

Program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada guru-guru PASTI peringkat Anjung Utara. Anjung Utara merangkumi 4 Kawasan iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang dan Kuala Selangor dan mempunyai seramai 95 orang guru.
Setiausaha Pemuda Anjung Utara, Zulkifli Ibrahim yang juga AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor dan Ketua DPP Kawasan Sungai Besar turut hadir dan memberikan ucapan di awal program.

Turut hadir ialah Ketua DPP Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Jamiyah Yusof, Timbalan Ketua DPP Kawasan, Nor Azlan Ahmad, Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajah Sabariah Hashim dan beberapa AJK DPP & DMP Kawasan.

3/14/2007

Umno suka rakyat hidup dalam kemiskinan

Tanjung Karang : Kawasan setinggan ramai dihuni oleh penyokong-penyokong Umno tetapi bila perkampungan mereka dirobohkan seorang pun pemimpin Umno tidak melawat mereka termasuklah Ketua Umno Cawangan juga turut melarikan diri, Kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sewaktu berceramah Derita Rakyat Derita Kita di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

Bila perkampungan mereka dirobohkan pimpinan dan penyokong PAS serta KeADILan lah yang banyak membantu mereka, tetapi masa pilihanraya PAS dihalau dari perkampungan setinggan tersebut, katanya.

Sedangkan, ujarnya, Pemimpin-pemimpin Umnolah yang menjadikan mereka hina dibumi sendiri. Umno memang suka rakyat miskin sebab semakin mereka miskin semakin kuat mereka bergantung kepada kerajaan dan boleh digunakan oleh Umno.

Yayasan Basmi Kemiskian (YBK) hanyalah pembohongan yang dibuat oleh kerajaan, hakikat sebenarnya adalah, mereka suka sekiranya rakyat miskin, sebab mereka boleh digunakan dalam Pilihanraya nanti. Jika sekiranya rakyat kaya rakyat tidak hairan dengan mereka, katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat.

Ini berbeza dengan PAS, katanya, semasa PAS memerintah Terengganu kadar kemiskinan rakyat Terengganu jatuh tempat ketiga berbanding semasa Umno memerintah iaitu kadar kemiskinan negeri Terengganu berada ditempat kedua sedangkan Terengganu negeri yang kaya dengan hasil minyak.
Cara PAS menurunkan kadar kemiskinan di Terengganu ialah dengan cara menaikkan bantuan kepada rakyat yang miskin seperti zakat dan sebagainya. Kerajaan Terengganu juga telah menganugerahkan tanah kepada mereka yang tidak mempunyak tanah untuk dijadikan tempat kediaman.

Manakala di Kelantan, Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM3 juta untuk memberikan perlindungan insuran kepada rakyat yang berumur 60 tahun keatas tanpa mengira fahaman politik, katanya lagi.

Tetapi di Selangor yang mengisytiharkan sebagai negeri maju rakyat dihalau dengan hina, dihalau dengan anjing dipukul dengan cota dan sebagainya. Dalam masa yang sama kerajaan membina rumah untuk setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Selangor di Shah Alam yang bernilai hamper RM1 juta setiap satu.

Manakala pemimpin Umno yang lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Dato’ Zakaria Md Derus, membina Istana di Kampung Idaman yang bernilai jutaan ringgit, katanya kesal.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Pusat, Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat. Ceramah yang dianjurkan bersama oleh DPP dan DMP Kawasan Tanjung Karang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai turut berucap ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Musa Mohamad dan Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Sabariah Hashim

Rakyat menderita di Negara sendiri – Ustazah Azizah

Tanjung Karang : Rakyat di dalam Negara ini menderita dibumi sendiri, contohnya sebagaimana yang berlaku di perkampungan setingga Rimba Jaya Shah Alam yang telah dirobohkan rumah mereka oleh pihak kerajaan negeri Selangor. Sebelumnya turut menerima nasib yang sama ialah penduduk setinggan di Kampung Berembang, Ampang dan Gombak, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat, sewaktu berceramah di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) yang bertajuk "Derita Rakyat Derita Kita"

Selain itu, menurutnya, rakyat turut menderita dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Punca kepada segala kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak, katanya.

Beliau yang juga Ketua DMP Negeri Pahang menyeru supaya rakyat mencari pemerintahan yang betul-betul adil dan tidak menzalimi rakyat sepertimana yang berlaku sekarang.

Dibawah kerajaan yang ada sekarang juga, berbagai keruntuhan moral semakin menjadi-jadi bukan sahaja dikalangan orang-orang muda bahkan orang-orang tua. Semua masalah yang berlaku ini adalah dikalangan orang-orang Melayu sendiri seperti Mat dan Minah rempit, katanya yang juga Pengetua Sekolah Persendirian, Maahad Darul Hijrah, Pahang.

Contohnya sepertimana di Bukit Bintang yang menjadi pusat pelacuran tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil, Polis ada tetapi hanya melihat sahaja apa yang berlaku tanpa mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.

Menjadi tugas kita sebagai orang Islam untuk menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran tanpa mengira muslimin ataupun muslimat, katanya lagi.

Turut berucap ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Ceramah tersebut adalah anjuran bersama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Tanjung Karang. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad dan Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Sabariah Hashim.

3/05/2007

Klik Untuk Besarkan

PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah berjaya mengadakan mesyuarat agung kali ke-8

Tanjung Karang : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 di Bilik Gerakan PAS Cawangan, Lorong Menanti, dan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Mat Hasbullah Sudin.

Di dalam ucapannya beliau menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS supaya meneruskan perjuangan untuk menegakkan Islam. Ahli-ahli PAS juga hendaklah membawa anak-anak untuk menghadiri program-program PAS supaya mereka memahami perjuangan.

Mesyuarat Agung kali ini juga, PAS Cawangan Batu 9 Kg. Tengah mengekalkan beberapa jawatan utama iaitu Ketua, Ghazali Asari, Naib Ketua, Haji Tasuki Akat, Ketua Jawatankuasa Pemuda, Mohd Sofian Mohd Khalil dan Ketua Jawatankuasa Muslimat, Siti Insiah Tahir.

Sementara itu PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh dan PAS Cawangan Ban 2 Sungai Sireh juga telah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan sehari sebelumnya di rumah Haji Hamid dan telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan.

Manakala di dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan Ban 3 Parit 1, menyaksikan tiga jawatan utama mengalami perubahan iaitu Ketua Cawangan, Ustaz Sugiman Katimun, Naib Ketua, Baharum Saad dan Ketua Jawatankuasa Pemuda, Mohamad Abd Majid. Ketua Jawatankuasa Muslimat pula kekal seperti sebelumnya, Hajjah Salimah Sukaimi.

Jentera Pilihanraya PAS Kawasan telah dilancarkan

Tanjung Karang : PAS Kawasan Tanjung Karang telah melancarkan gerak kerja Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Tanjung Karang bagi mengahadapi Pilihanraya Umum ke-12 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Pelancaran Jentera PRU tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) Selangor, Mohd Radhi Yusof. Seluruh Jentera Jabatan Pilihanraya (JPrK) PAS Kawasan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Muslimat PAS serta Cawangan-cawangan telah menghadiri majlis pelancaran tersebut.

Selepas pelancara gerak kerja tersebut pihak JPN turut mengadakan taklimat tertutup dengan seluruh AJK JPrK PAS Kawasan bagi menyusun strategi dan bertukar-tukar pandangan dengan Jentera Pilihanraya PAS Kawasan.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, beberapa orang ahli JPN Selangor termasuk Timbalan Ketua Dewan Muslimat (DMP) Selangor, Noraini Hussein dan Ketua Penerangan DMP Selangor, Kalsom Bidin.

Hijjaz dan Syifa’ adakan persembahan di Tanjung Karang

Tanjung Karang : Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10 dengan kerjasama Hijjaz Biotech Industry (HBI) Sdn Bhd telah menganjurkan Konsert Hijjaz dan Forum Bicara Sihat di Perkarangan Masjid Jamiul Hasanat.

Konsert yang julung-julung kalinya diadakan di perkarangan masjid tersebut turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Syifa’. Walaupun Hujan turun renyai-renyai diawal persembahan kumpulan Syifa’, tetapi orang ramai tidak berganjak untuk mendengar persembahan mereka.

Forum bicara sihat yang bertajuk “Sudah Tehantuk Baru Ternadah” telah membariskan dua orang ahli panel iaitu Dr Rosli Senapi, Penasihat dan Pembangunan Produk HBI dan Ustaz Zul Ramli, Pakar motivasi dan penceramah bebas.

Hijjaz dan Syifa’ telah menyampaikan dua buah lagu sebelum forum bicara sihat manakala selepas forum masing-masing mempersembahkan sebanyak dua buah lagu lagi. Selain itu Hijjaz Biotech turut mengadakan rawatan perubatan percuma sejak jam 5.00 petang sehingga malam.

Konsert tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mencari dana bagi tabung pembangunan Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat. Untuk memberi sebarang sumbangan untuk tujuan pembangunan Maahad tersebut bolehlah disumbangkan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), atas nama Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, no akaun 12083020025246. Manakala Hijjaz Biotech turut memperkenalkan produk kesihatan mereka iaitu susu igg.

Web tv8 turut membuat rakaman penuh sepanjang konsert tersebut dan orang ramai boleh melihat persembahan nasyid serta forum tersebut melalui url
http://wtv8.tv/v1.

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Timbalan YDP, Ustaz Abd Ghani Shamsudin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com