.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

4/30/2006

Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah menyembelih lembu aqiqah sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kali ke-40 di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) yang bemula pada 30 April & 1 Mei 2006. Sebanyak 2 ekor lembu aqiqah telah disebelih.

4/26/2006

PERSIAPAN MUKTAMAR.... Mesyuarat terakhir persiapan Muktamar
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) Kali ke-40
di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Mesyuarat
di pengerusikan oleh Setiausaha DPPNS, Azri Mohamad Arish

4/23/2006

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjung Karang

Tanjung Karang : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjung Karang kali ke-43 telah berjaya dijalankan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).
Mesyuarat Agung telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Haji Hassan Shukri pada hari Sabtu malam ahad. Manakala Mesyuarat Agung telah dijalankan pada pagi ahad.

Mesyuarat agung yang dimulakan pada jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Di dalam mesyuarat agung tersebut sebanyak 2 usul PAS Kawasan telah diluluskan oleh Perwakilan PAS Kawasan untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat. Manakala beberapa lagi usul telah ditolak oleh PAS Kawasan.

Beberapa pimpian PAS Kawasan telah memberikan ucapan penggulungan antaranya ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Ustazah Hajjah Jamaiah Yusof, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Dr Md Yusoff Abd Wahab, Timbalan YDP, Ustaz Abd Ghani Shamsudin dan diakhiri oleh YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad.

Ahli PAS perlu bekerja keras untuk menang Pilihanraya akan datang – Ustaz Hassan Shukri

Tanjung Karang : Tangungjawab (untuk) melaksanakan hukum Islam adalah kerajaan. Umno takut rakyat faham Islam kerana bimbang akan menggugat mereka. (Oleh itu) mereka akan menghalang kuliah di masjid dan surau, kata Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Haji Hassan Shukri, sewaktu berucap di dalam perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjung Karang Kali ke-43 di Kompleks PAS Sungai Burong (KOMPAS), menggantikan Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, menyeru supaya setiap ahli PAS tidak hidup terkongkong, kerana amalan Islam amat luas menurut empat mazhab Imam yang empat iaitu Shafie, Maliki, Hanafi dan Hambali.

Tugas ahli PAS, menurutnya, (adalah untuk) memberi kefahaman pada rakyat tentang hakikat kebenaran Islam supaya memberi sokongan untuk memenangkan Islam. Pemuda dan Muslimat perlu bekerja keras untuk kenguatkan parti. Dan mengelak daripada budaya takut sehingga enggan mendengar ceramah PAS.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, perlu ditawan semula dan jangan mengundur diri terlalu lama serta hidupkan program-program parti. PAS adalah pertubuhan berdaftar oleh itu jangan bimbang untuk menggiatkan aktiviti parti, ujarnya lagi.

Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda dan Muslimat Kawasan serta Perwakilan Cawangan-Cawangan.

4/18/2006

Haji Mahad Aktivis veteran Unit Amal

Haji Mahad merupakan seorang yang cukup dikenali khususnya dengan Unit Amal samaada di Kawasan Tanjung Karang, Negeri Selangor bahkan di seluruh seluruh Malaysia. Beliau merupakan aktivis Veteran Unit Amal dan masih aktif sehingga sekarang.

Latarbelakang
Haji Mahad bin Mohamad, 56, dilahirkan pada 10 Mei 1950 di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada 6 orang adik-beradik kepada pasangan Mohamad bin Mustalib dan Endon bt Ngah. Ibubapanya merupakan seorang petani.

Haji Mahad mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani sehingga darjah 3. Kemudian beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit di Kedah sehingga darjah 6.

Keluarga

Beliau yang bekerja sendiri sebagai seorang petani telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Safiah Abdullah, 57, pada tahun 1981 dan telah dikurniakan 2 orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

Isterinya, Bekas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Sekolah Kebangsaan Sawah Sempadan dan telah bersara pada tahun 2004, juga merupakan aktivis PAS di kawasan Tanjung Karang. Hajjah Safiah adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjung Karang dan Bendahari Muslimat PAS Cawangan Raden Putih.

Anak lelakinya telah berkerja, manakala anak perempuannya telah mendirikan rumahtangga dan masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Mula Bergiat aktif dengan PAS

Haji Mahad yang kini menetap di Block C Sawah Sempadan, Tanjung Karang, mula menyertai PAS pada tahun 1981 sebagai ahli seumur hidup. Bermula pada tahun tersebut beliau mula bergiat aktif dengan PAS dengan memegang jawatan sebagai AJK PAS Cawangan Block C, Sawah Sempadan sehingga sekarang.

Beliau yang kini memegang AJK Unit Amal Kawasan Tanjung Karang. Mula menyertai Unit Amal sejak awal penubuhannya pada tahun 1993 dan aktif sehingga sekarang. Bermula sejak tahun tersebut, beliau tidak pernah ketinggalan untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh Unit Amal dipelbagai peringkat.

Kegigihan dan keikhlasannya di dalam perjuangan sememangnya wajar mendapat pujian. Setiap Hari Khamis malam jumaat beliau tidak pernah ketinggalan menyertai program sembahyang hajat dan bacaan yaasin yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad di sekitar Tanjung Karang khususnya DUN Sungai Burong.

Manakala pada setiap petang rabu, beliau akan menghantar Naib Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Sabariah Hashim, yang berhampiran rumahnya, untuk memberikan kuliah mingguan untuk Muslimat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) bersama isterinya. Beliau juga akan menghantar isterinya untuk menyertai setiap program seperti mesyuarat, usrah dan sebagainya yang dianjurkan samaada oleh DMP atau PAS Kawasan dan menunggu sehingga program tersebut selesai.

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat secara aktif dengan PAS dan Unit Amal, Haji Mahad juga turut terlibat secara aktif dengan masyarakat. Beliau pernah dilantik sebagai Siak Masjid Block D Sawah Sempadan. Kini beliau merupakan AJK Masjid berkenaan.

Hasad dengki punca Abrahah mahu merobohkan kaabah – Ustaz Kamal


Tanjung Karang : Sambutan Maulidur Rasul mula dipelopori oleh Khalifah Al-Muktazim bila Umat Islam sudah mula melupakan Nabi Muhamad s.a.w, kata, Ustaz Kamal Ashaari semasa berceramah di Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10, sempena Maulidur Rasul.

Nabi Muhamad s.a.w dilahirkan pada tahun gajah kerana Allah hendak menunjukkan sebarang kuasa manusia akan hancur (jika menentang Islam). Abrahah rasa (dirinya) hebat tetapi Allah menghinanya dengan burong kecil yang membawa batu dari neraka (semasa Abrahah dan tentera bergajah merancang untuk merobohkah kaabah). Hasad dengki merupakan punca Abrahah merancang untuk menyerang makkah, katanya.

Selain itu, Umat Islam perlu sensitif bila ada orang menghina Nabi s.a.w bukan sahaja melalui karikatur tetapi melalui perkataan dan sebagainya. Penghinaan paling besar (terhadap Nabi) apabila tidak amal sunnah dan menghina sunnah Nabi, katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai pendedahan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria mengenai 250,000 orang Islam telah memohon untuk menukar agama (murtad).

Akhbar, menurutnya, cuba menggelapkan isu ini dengan isu Siti Nurhaliza yang akan berkahwin dengan ahli perniagaan. Bahkan ada orang mengatakan bahawa murtad tidak mengancan keselamatan negara, ujarnya lagi kesal.

Ceramah terseut diadakan bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu pentadbiran Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Pelajar-pelajar Maahad Thahfiz, tersebut turut membuat beberapa persembahan sebelum ceramah seperti Hafalan Al-quran, Khutbah, Nasyid dan Syair. Turut berucap ialah Mudir (Pengetua) Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Ustaz Musa Mohamad.

4/15/2006

Tanjung Karang tuan rumah Muktamar DPPNS

Tanjung Karang : Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-40 pada tahun ini di Dewan Kompleks PAS Dun Sg. Burung (KOMPAS), Batu 10, Tanjung Karang pada 30 April dan 1 Mei 2006 (Ahad & Isnin).

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Hj. Ahmad di jangka akan menyempurnakan majlis perasmian pada 9.00 malam pada hari Ahad tersebut. Beliau juga di jangka akan memberikan amanat penting untuk membekalkan pemuda-pemuda Selangor yang akan hadir dari seluruh 22 kawasan di Selangor mengenai persediaan pilihanraya umum yang akan datang, Kata Setiausaha DPPN Selangor, Azri Mohamad Arish.

Pada malam perasmian itu juga akan di adakan Ceramah Perdana yang akan di sampaikan oleh Ustaz Hj. Idris sendiri dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Kamal Ashaari. Terdapat pelbagai isu-isu semasa khususnya di negeri Selangor yang akan di ulas dan di kongsi bersama dengan rakyat umum. Orang-ramai serta masyarakat setempat adalah di jemput hadir.

Sempena muktamar tersebut, pihak panatia muktamar juga menyediakan tawaran ruangan iklan bagi buku cenderahati muktamar. Sebut harga sumbangan ruangan iklan tersebut boleh di perolahi melalui Sdr. Muhd Azizi, 019-2521476 atau emel:
dppns@yahoo.com atau muhd_azizi@yahoo.com . Tawaran Ibadah Aqiqah juga di sediakan sempena muktamar tersebut. Ini memberi peluang kepada rakyat dan masyarakat setempat untuk beraqiqah dengan satu bahagian sebanyak RM300. Urusan Aqiqah akan di uruskan oleh Sdr. Muzammil, 012-3912867. Jamuan daging aqiqah akan di buat selepas solat maghrib pada 30 April, Ahad.

Kami berharap ramai rakyat akan hadir pada malam majlis perasmian tersebut bagi bersama mendengar maklumat dari ceramah perdana yang bakal di adakan, kata lagi.

4/02/2006

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Tanjung Karang kali ke-42

Tanjung Karang : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan DPP Kawasan kali ke-42 di kompleks PAS Sungai Burong (KOMPAS)

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor, Ahmad Zaidy Abd Mutalib.

Perasmian mesyuarat agung telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh, adik Huzaifah dari Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah, Batu 10, Tanjung Karang, diikuti dengan nyanyian lagu tema PAS dan Unit Amal.

Kemudian, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, telah memberikan ucapan alu-aluan diikuti dengan Ucapan Perasmian oleh Ahmad Zaidy Abd Mutalib.

Mesyuarat agung yang dimulakan pada jam 10.40 malam dan berakhir pada jam 12.40 malam telah di hadiri oleh perwakilan Pemuda cawangan-cawangan dan pemerhati Cawangan-cawangan.

Turut hadir ialah, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP PAS Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab dan AJK PAS Kawasan, Ustaz Kassim Kayat.

Selain itu, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yusoff dan Ketua Nisa’ Kawasan, Nor Shidah Samat juga turut hadir.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com