.comment-link {margin-left:.6em;}

PAS Kawasan Tanjung Karang

10/23/2006

Kain Rentang DPP Kawasan di Pekan Tanjung Karang

Kain Rentang PAS Kawasan & DPP Kawasan di Sungai Terap

PAS Kawasan Tanjung Karang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang memasang kain rentang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1427H di Pekan Tanjung Karang dan Sungai Terap. Selain itu Nisa' Kawasan dan PAS Cawangan-cawangan turut memasang kain rentang sempena dengan menyambut Hari Raya. Antara PAS Cawangan yang turut memasang Kain Rentang tersebut ialah PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Cawangan Parit 4 Kampong, Cawangan Sungai Tengi Kanan dan beberapa lagi cawangan.

10/20/2006

Pemimpin Umno berpura-pura untuk melaksanakan Islam

Sungai Sireh : Masjid sepatutnya menjadi tempat untuk menyebarkan Islam tetapi menjadi malap. Tazkirah tidak dibenarkan (diadakan di dalam Masjid) dalam bulan Ramadhan, Jawatankuasa Masjid pula telah dirampas oleh orang-orang Umno, kata Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, juga kesal kerana orang-orang yang mempunyai kelulusan tidak dibenarkan mengajar di dalam masjid-masjid tetapi orang-orang yang tidak mempunyai kelulusan atau tidak lulus pengajian diberi peluang mengajar di masjid.

Beliau turut mengulas beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin Umno mengenai Islam, seperti kenyataan Menteri Pendidikan, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, yang berkata, sesuatu yang tidak boleh diterima ialah politik dikaitkan dengan Islam.

Dengan kata lain politik tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Yang peliknya Umno telah mewujudkan Islam Hadhari ini satu kekacauan pemikiran dalam pemimpin Umno. Kerana ada segolongan yang hendak Islam melalui Islam Hadhari, walaupun bukan Islam hakiki, tetapi satu lagi golongan tidak mahu kepada Islam, katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang.

Manakala seorang lagi menteri iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Seri Rais Yatim, yang satu ketika dulu berkata telah membakar jambatan untuk menyertai Umno tetapi sekarang telah menyertai semula Umno berkata, tidak ada yang boleh mendakwa Islam adalah agama yang benar sebab agama lain juga mengatakan mereka benar.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ceramah nuzul quran Anjuran PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh di rumah Haji Hamid. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil pada waktu petang diikuti dengan majlis berbuka puasa. Ceramah pula diadakan selepas sembahyang terawih yang diimamkan oleh Ustaz Abd Ghani sendiri.

Turut hadir ialah YDP Kawasan, Ustaz Musa Mohamad. Program yang merupakan acara tahunan bagi cawangan tersbeut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Al-Quran diturunkan sebagai reformasi kepada manusia

Sungai Sireh : Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin berkata, tujuan Al-Quran diturunkan kepada manusia adalah untuk melakukan reformasi seperti Aqidah, Akhlak, Syariat, Ibadah, Politik dan jihad.

Setiap manusia bergerak berdasarkan kepada keyakinan sesorang. Al-quran satu keyakinan yang unik dan tersendiri iaitu segala-galanya adalah darpada Allah.

Contohnya ialah Umat Islam berhari raya menurut apa yang diperintahkan oleh Allah bukan dengan cara tari-menari dan sebagainya. Jika Aqidah rosak semuanya tidak akan diterima (oleh Allah), katanya yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor berkata, Reformasi Ibadah pula ialah seperti bagaimana hendak menunaikan sembahyang, menunakan haji dan umrah. Begitu juga bagaimana hendak mendirikan rumah tangga dan sebagainya.

Manakala reformasi disudut Syariat pula ialah membetulkan undang-undang jahiliyah kepada undang-undang Islam. Iaitu undang-undang yang boleh dilaksanakan mengikut syariat.

Bila kita kata tidak mahu melaksanakan syariat Islam bermakna kita tidak beriman kepada Allah. Al-quran datang untuk membetulkan syariat-syariat ini sampai qiamat.

Reformasi Akhlak pula, kata beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, adalah akhlak yang terbaik ialah akhak Islam. Sebagaimana akhlak Nabi Muhamad s.a.w yang berdasarkan kepada Al-quran dalam kehidupan seharian.

Reformasi politik pula ialah memilih pemimpin yang tidak mahu kepada Islam kepada pemimpin yang mahu kepada Islam. Diakhirat Allah akan memanggil seseorang berdasarkan kepada pemimpin yang diikuti semasa (di dunia) seperti Firaun dan sebagainya.

Begitu juga dengan politik wang, jika seseorang pemimpin menang di dalam pilihanraya dengan cara tipu daya seperti dengan membawa pengundi hantu, menggunakan wang dan sebagainya jika ia menang, pemimpin tersebut akan menerima elaun tersebut ia dikira haram.

Umat Islam juga perlu melakukan reformasi jihad, kita harus bersedia untuk berjihad jika tida bersedia kita akan menjadi mangsa yang malang pada masa akan datang seperti Sudan yang sedang menunggu masa untuk diserang oleh Amerika.

Di Afghanistan setiap hari tentera Amerika yg diperkuda oleh Yahudi telah membunuh orang-orang Islam seramai 40 orang kerana mereka menggunakan senjata yang lengkap. Presiden Bush telah menyebabkan seluruh dunia tidak aman di Iraq sahaja lebih 655,000 orang telah meninggal dunia. Selain itu orang-orang Yahudi juga telah membunuh Umat Islam di Palestin, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan ceramah nuzul quran Anjuran PAS Cawangan Ban 3 Parit 1 Sungai Sireh di rumah Haji Hamid. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan tahlil pada waktu petang diikuti dengan majlis berbuka puasa. Ceramah pula diadakan selepas sembahyang terawih yang diimamkan oleh Ustaz Abd Ghani sendiri.

Turut hadir ialah YDP Kawasan, Ustaz Musa Mohamad. Program yang merupakan acara tahunan bagi cawangan tersbeut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

10/16/2006

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1427H PAS Kawasan


Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan

Klik untuk besarkan

Masalah yang berlaku dalam negara berpunca dari pendidikan

Tanjung Karang : Masalah Ummah (yang sedang berlaku) berpunca dari pendidikan yang pincang dalam negara. Sultan zaman dahulu mendapat pendidikan Islam sejak kecil, contohnya Sultan Al-Fateh. Mereka tidak rela dengan sistem pendidikan penjajah, kata Ketua Dewan Ulama’ PAS (DUP) Wilayah Persekutuan, Ustaz Sani Salleh Al-Hafiz.

Bahaya (jika) anak kecil terus menerima pendidikan barat dan pulang ke tanah air menjadi pemimpin. Tiada erti kemajuan jika tiada kefahaman Islam, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DUP Pusat

Dalam perkembangan lain beliau mengambil contoh, Sistem siaran TV di Iran satu pun tiada unsur maksiat tapi di Malaysia iklan Shampo, pampers dan sebagainya asyik menunjukkan aurat wanita.

Beliau juga berkata, Musuh-musuh Islam ada dikalangan orang jahil (tentang) Islam (tetapi) mengaku Islam. Tidak mustahil Allah akan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam.

Beliau berkata demikian sewaktu memberi ceramah sempena program Iftar PAS Kawasan Tanjung Karang di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Solat terawih telah diimamkan oleh beliau sendiri.

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawaan, Ustaz Musa Mohamad, Timbalan YDP, Ustaz Abd Ghani Shamsudin, Naib YDP, Dr Md Yusof Abd Wahab, dan beberapa orang AJK PAS Kawasan Tanjung Karang.

10/12/2006

Umat Islam diseru teruskan jihad di bulan Ramadhan

Tanjung Karang : Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin, berkata, tanda-tanda puasa (seseorang) diterima ialah perubahan daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Daripada melakukan kezaliman kepada melakukan sesuatu yang adil dan amanah.

Jika selepas Ramadhan, katanya, masih tidak mahu berjuang dengan Islam bermakna puasa yang dilakukan tidak ada kesan apa-apa sebab puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga semata-mata tetapi memenuhi segala perintah yang Allah syariatkan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, meminta Umat Islam sempena bulan Ramadhan ini meningkatkan jihad seperti mendesak supaya pihak berkuasa memberi kebebasan dan ruang kepada rakyat diperkasa dan diperkukuhkan supaya rakyat boleh memberi pandangan mereka.

Usaha untuk merampas kedaulatan rakyat sesungguhnya bercanggah dengan agama sebab Islam mengutamakan kejujuran, amanah dan sebagainya. Islam menghendaki rakyat bebas untuk bersuara dan jika perlu melakukan perubahan dalam kerajaan, katanya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjung Karang, menyeru supaya ahli-ahli diperingkat kawasan supaya mewujudkan hubungan dengan pelbagai kumpulan seperti nelayan, PIBG, koperasi dan sebagainya demi untuk memperkukuhkan perjuangan Islam. Selain itu, ahli-ahli juga perlu mewujudkan badan-badan bertindak untuk menangani isu-isu setempat.

Markaz-markaz PAS perlu dijadikan sebagai tempat untuk sumber ilmu dan tempat rujukan ahli-ahli serta orang ramai seperti risalah-risalah IFC, Artikel 11 dan sebagainya. Selain itu jentera parti juga perlu menguasai peralatan ICT, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu memberikan kuliah mingguan Deenul Islam di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Program dimulakan dengan berbuka puasa bersama ahli-ahli. Beliau turut mengimamkan solat isya’ dan terawih sebelum menyampaikan kuliah tersebut.

Buat perkata kalinya juga kuliah deenul Islam tersebut telah dipancarkan secara langsung melalui saluran 3 webtv.parti-pas.org/.

Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, Setiausaha, Haji Mohd Saad Ibrahim dan Ketua Penerangan, Abd Malek Abd Majid.




©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com