1/29/2007
PAS tuntut 4 perkara untuk ditunaikan oleh SPR – Dato’ Dr Hasan Ali

Isu (Dato’Seri Dr Mohd) Khir Toyo yang terlalu banyak menyeleweng, 21 fail telah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis tetapi masih tidak diambil tindakan oleh Perdana Menteri. Apa sudah jadi dengan sistem demokrasi di Malaysia?, soalnya.
Sebab itu kita memboikot, tetapi boikot perlu diikuti dengan tindakan yang bersepadu dengan kerja kuat parti, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.
Pembangkang telah menghantar memorandom kepada Yang Dipertuan Agong, Suhakam dan lain-lain tentang penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan demokrasi tetapi tidak berjaya!, yang boleh mengubah ialah rakyat!, (kerana) SPR terikat tangannya!, katanya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abd Rahman, mengakui beliau dan SPR terikat oleh Umno-BN. PAS kemukakan empat perkara penyelewengan SPR iaitu isu daftar pemilih, SPR menggunakan senarai pemilih yang berbeza semasa penamaan dan pembuangan undi, memanjangkan masa mengundi selama 2 jalan di Selangor. Ini tidak pernah berlaku di negara-negara komonwel.
Yang kedua ialah pengundi pos perlu dihapuskan. Ketiga, celup tangan dalam dakwat selepas membuang undi dan yang keempat ialah, memanggil pemerhati antarabangsa untuk memantau ketelusan pilihanraya, katanya lagi.
Turut berucap ialah Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Pengerusi PKR Negeri Selangor. Program yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang dan Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai walaupun didalam keadaan hujan.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab.
Umno banyak menyalahgunakan harta rakyat – Tan Sri Khalid Ibrahim

Isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) menguntungkan bukan bumiputera, orang melayu yang mendapat projek kemudia diserahkan kepada kaum cina. Orang-orang melayu hanya mendapat komisyen sebanyak 20% sahaja, manakala kaum cina mendapat 80%, katanya.
Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, Zaman Omar Abd Aziz memerintah selama 4 tahun sahaja telah dapat membangunkan sistem baitulmal sehingga tiada lagi orang miskin yang layak menerima zakat. Tak perlu kepada DEB kerana sifat kepimpinan Islam yang telus dan amanah.
BN menipu rakyat dengan papan tanda projek kerajaan BN, Seolah-olah BNlah yang membuat jalan, sekolah dan sebagainya. Rakyat hanya terus membenarkan BN terus menipu!, katanya kesal.
Isu boikot PRK Batu Talam perlu disokong untuk menunjukkan kuasa rakyat kepada BN. Ini adalah jihad kerana sebagai seorang Islam kita perlu berdakwah sepanjang masa di mana saja.
BN (telah) membawa imej buruk kepimpinan Islam kerana penipuan, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya. Boikot perlu diiringi oleh reformasi mental rakyat untuk menolak BN-Umno, katanya lagi.
Turut berucap ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Program yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang dan Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai walaupun didalam keadaan hujan.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjung Karang, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP Kawasan, Dr Md Yusof Abd Wahab.
1/16/2007
1/15/2007
PAS jelaskan mengapa Boikot Pilihanraya DUN Batu Talam

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kelana Jaya, menjelaskan mengapa PAS memboikot Pilihanraya Kecil Batu Talam, PAS telah menuntut SPR melaksanakan beberapa perkara untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan di dalam PRU antaranya ialah membersihkan daftar pemilih.
Di Batu Talam, katanya, ada sebuah kampong yang hanya mempunyai 2 buah rumah orang India, tetapi bila disemak di dalam daftar pemilih kampong tersebut mempunyai 300 orang daftar pemilih dari kaum India.
Selain itu katanya, di Kelantan ada seorang wanita yang mempunyai nama dan no kad pengenalan yang sama, bila disemak di dalam daftar pemilih namanya keluar sebanyak 30 kali.
PAS juga menuntut supaya SPR melaksanakan celup jari apabila seseorang

SPR sekarang banyak membuat kerja untuk Umno. SPR sepatutnya bersikap tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika Umno betul gagah seperti yang sering didakwa beri gelanggang yang sama rata kepada parti pembangkang, katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berceramah Penjelasan Hak Rakyat di Markaz PAS Sungai Sireh, bersama Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Abu Zaharin Yaasin atau lebih dikenali di alam maya sebagai Sang Kelembai.
Program tersebut adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Md Yusoff Abd Wahab dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim.
Kos hidup rakyat Selangor semakin meningkat dibawah Umno

Di dalam Pilihanraya Negeri Serawak, rakyat Serawak telah memberi undi protes terhadap Barisan Nasional (Bn). Pembangkang telah memenangi sebanyak 9 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala calon tunggal PAS di DUN Beting Maro tewas dengan majoriti tipis iaitu sebanyak 800 undi.
Di negeri Selangor rakyat turut dibebankan dengan berbagai kenaikan kos hidup seperti cukai tanah naik sebanyak 10%, manakala yang tinggal di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cukai pintu turut meningkat sehingga ada yang mencecah 100%.
Turut meningkat ialah elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi alasan kononnya TNB mengalami kerugian. Selain itu, penduduk Lembah Klang dan Putrajaya juga turut menikmati kenaikan bagi tarik air. Dan yang terakhir ialah pada tahun lepas ialah kenaikan harga simen sebanyak RM5.00. Kenaikan harga simen ini akan mengakibatkan kenaikan kos bahan binaan, ujarnya.
Manakala pada awal tahun ini rakyat turut dibebankan dengan kenaikan harga tol sehingga 60%. Harga Tol sekarang lebih mahal dari harga minyak, ujarnya.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kelana Jaya, mengajak rakyat supaya berani bersuara dan melakukan perubahan. Singkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak boleh membela nasib rakyat dan hidup senang-lenang.

ADUN BN Kawasan Pelabuhan Klang, Dato’ Zakaria Md Derus, telah membina rumah 4 tingkat dan mempunyai 17 buah bilik berharga 8 juta. Selain beliau hampir semua pemimpin-pemimpin Umno bahagian Klang turut memiliki rumah mewah seperti Zakaria. Tetapi apa yang mampu dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo?, soalnya.
Khir Toyo tidak mampu mengambil apa-apa tindakan terhadap Zakaria sehingga sekarang, katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berceramah Penjelasan Hak Rakyat di Markaz PAS Sungai Sireh, bersama Bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Abu Zaharin Yaasin atau lebih dikenali di alam maya sebaga i Sang Kelembai.
Program tersebut adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjung Karang. Turut hadir ialah YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Naib YDP, Dr Md Yusoff Abd Wahab dan Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim.
1/04/2007
1/03/2007
Dewan Pemuda PAS Kawasan adakan lawatan mengejut ke PASTI

Lawatan dimulakan di PASTI Al-Hidayah Batu 10, Tanjung Karang kemudian ke PASTI Al-Ariff Sungai Sireh bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong manakala DUN Permatang pula di mulakan dengan lawatan ke PASTI Ar Rahman, Bukit Belimbing dan diakhiri dengan PASTI Al-Muttaqin, Sungai Terap.

Jumlah pelajar bagi keempat-empat PASTI keseluruhan adalah bertambah berbanding pada tahun lepas.
Lawatan diketuai oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbullah Sudin dan disertai oleh Timbalan Ketua, Nor Azlan Ahmad, Naib Ketua, Abd Malek Abd Majid, Setiausaha, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi PASTI Kawasan, Mohd Ramdzan Rosman.
PAS Tanjung Karang lakukan ibadah korban kali kedua

Daging seekor lembu telah diagih-agihkan kepada fakir miskin manakala seekor lagi bagi menjamu orang ramai sempena dengan ceramah korban oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS (D

Ceramah korban tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai antara yang hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Abd Ghani Shamsudin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Zain Abd Rahman.
Pemuda PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri anjurkan kejohanan bola sepak

Pusingan pertama menyaksikan pertandingan antara B. Tennos menentang Batu 11. Dalam perlawanan tersebut menyaksikan kedua-kedua pasukan mendapat seri 1 sama. Manakala Pasukan Jalan Jepun menentang H15K. Pasukan Jalan Jepun telah menewaskan H15K dengan 2-0.
Manakala Pusingan kedua pula menyaksikan pertandingan antara B. Tennos menentang H15K. Pertandingan kali ini menyaksikan pasukan H15K telah tewas di tangan pasukan B. Tennos dengan 1-0. Manakala Pasukan Jalan Jepun pula telah menewaskan Batu 11 juga dengan 1-0.
Bagi Pusingan ketiga pula, pasukan B. Tennos telah mendapat seri 0-0 dengan pasukan Jalan Jepun. Manakala pasukan Batu 11 pula telah ditewaskan oleh pasukan H15K dengan 1-0.
Pertandingan akhir diantara pasukan B. Tennos dengan pasukan Batu 11 pula telah menyaksikan pasukan B. Tennos menewaskan Batu 11 dengan 3-1.
Kedudukan keseluruhan ialah pasukan B. Tennos mendapat tempat pertama manakala tempat kedua jatuh kepada pasukan Batu 11. Manakala tempat ketiga pasukan Jalan Jepun dan pasukan H15K mendapat tempat keempat.

Antara yang turut menyertai perlawanan bola sepak tersebut ialah Ketua Lajnah Budaya, Seni dan Sukan, Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang, Mohd Sofian Mohd Khalil dan Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan, Mohd Maruty Mohd Alib.
Manakala pimpinan DPP Kawasan yang telah hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Ketua DPP Kawasa, Ustaz Mat Hasbullah Sudin, yang juga Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri, Naib Ketua, Abd Malek Abd Majid dan Setiausaha DPP Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja.
PAS Tanjung Karang korbankan 2 ekor lembu pada hari raya pertama
Tanjung Karang : PAS Kawasan Tanjung Karang telah mengorbankan sebanyak 2 ekor lembu pada hari raya pertama aidiladha di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) sebaik sahaja selesai sembahyang sunat aidiladha.
Seekor lembu telah diagih-agihkan kepada masyarakat sekitar KOMPAS, manakala seekor lagi telah disumbangkan kepada rakyat negeri Johor yang sedang mengalami musibah akibat daripada banjir. Daging korban tersebut telah diserahkan ke Markaz PAS Sementa, Klang pada petang tersebut sebelum dibawa ke Johor.
Antara yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad dan beberapa orang pimpinan PAS Kawasan.
Sementara itu, PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, turut melakukan ibadah korban pada hari raya pertama dengan mengorbankan seekor lembu.
©1426/2005 pastgkarang.blogspot.com®
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang (berperang) untuk membela agama-Nya, dalam satu saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff ayat 4)
dpptgkarang@yahoo.com