
Peristiwa pembunuhan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling, Kedah pada tahun 1986 telah menyebabkan Haji Chamsari Kasaman, 67, bertindak nekad meninggalkan Umno bersama rakan-rakannya untuk menyertai PAS.
Haji Chamsar
i Kasaman dilahirkan pada 20 November 1939 di Kampung Sungai Gulang-gulang tetapi dibesarkan di Block Q Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Bapanya Kasaman Mat Kasim adalah seorang petani manakala ibunya, Mahpin Abd Shukur, merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Pendidikan
Haji Chamsari mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Rakyat di Sawah Sempadan sehingga peringkat menengah. Kemudian beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Arab Mamba’ul Ulum, Dato’ Manan, Tanjung Karang sehingga mendapat Rabi’ Thanawi.
Keluarga
Selepas menamatkan pelajaran, beliau yang bekerja sendiri sebagai seorang petani telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Mariatun Kosnon, 56, pada tahun 1964. Beliau yang kini menetap di Kampong Sungai Gulang-gulang telah dikurniakan seramai 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 orang perempuan.
Anak-anak da
n menantunya telah mengikut jejak langkahnya sebagai aktivis PAS. Anak sulungnya merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjung Karang, manakala anak ketiganya, Ruhayana, adalah Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tanjung Karang dan Setiausaha Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Sungai gulang-gulang. Menantunya, Mohd Ramdzan Rosman, adalah Pengerusi PASTI Kawasan Tanjung Karang dan merupakan Timbalan Ketua DPP Kawasan Tanjung Karang bagi sesi 2003/2005 yang lalu.
Mula bergiat dalam politik
Haji Chamsari mula melibatkan diri di dalam politik sebagai ahli Umno Cawangan Sungai Gulang-gulang pada tahun 1971. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau sewaktu dalam Umno adalah Ketua Penerangan Umno Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gulang-gulang.
Peristiwa pembunuhan secara kejam ke atas As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya di Memali, Baling Kedah pada tahun 1986 telah mengubah pendirian politiknya. Beliau dan beberapa orang rakannya telah bertindak nekad meninggalkan Umno dan menyertai PAS, seterusnya menubuhkan PAS Cawangan Sungai Gulang-Gulang pada tahun yang sama, selepas beliau mendengar ceramah daripada Haji Mahfuz Omar.
Bermula pada tahun tersebut, beliau telah diamanahkan sebagai Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang sehingga sekarang.
Di peringkat kawasan, Haji Chamsari, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Selangor seterusnya dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Selangor di bawah dua YDP iaitu Haji Miskon Misani dan Norman Toha, sehingga tahun 2003.
Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang yang dulunya terletak di Parlimen Kuala Selangor telah dimasukkan ke Parlimen Tanjung Karang.
Kemudian pada tahun 2003, di dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tanjung Karang, beliau telah dipilih oleh perwakilan sebagai Naib YDP PAS Kawasan Tanjung Karang sehingga tahun 2005. Manakala pada tahun 2005 beliau telah menarik diri sebagai calon Naib YDP. Walaubagaimanapun beliau telah dipilih oleh perwakilan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tanjung Karang bagi sesi 2005/2007.
Kegigihan dan
keikhlasannya di dalam PAS terbukti apabila sebahagian daripada tanah di hadapan rumahnya telah dijadikan sebagai Markaz PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang pada tahun 1993 seterusnya dijadikan sebagai Kelas untuk PASTI Mamba’ul Huda dan telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (kini Dato’ Seri Presiden PAS) pada tahun 1994.
Markaz tersebut merupakan markaz pertama yang didirikan di kawasan Kuala Selangor ketika itu.
Aktiviti Masyarakat
Selain bergiat aktif dengan PAS, Haji Chamsari juga terlibat secara aktif dengan kegiatan masyarakat. Beliau merupakan Imam 1 Masjid Sungai Gulang-gulang selain itu beliau juga telah menganjur dan mengendalikan kursus untuk bakal-bakal haji di Markaz di hadapan rumahnya pada setiap hari petang ahad.
Beliau juga turut menjadi naqib untuk kelas pengajian al-quran di surau berhampiran dengan rumahnya, selain turut mengajar kelas untuk para muslimat.